Thursday, March 12, 2009

result spm 2008 dan 2005...ape bezanye???


Hari ni..result spm akan keluar...dalam keluarga aku ramai adik+adik sepupu yang akan mengambil keputusan SPM di sekolah masing2....nasihat ku untuk kalian..ape pon keputusan yang terhasil dari usaha kalian selama 2 tahun di menengah atas itu....tabahlah menghadapinya...kalau cemerlang adalah ujian, dan yang kurang cemerlang juga adalah ujian dariNYA.....maka cara mana anda menafsir kejayaan itu adalah hak anda..jangan biarkan keadaan sekeliling anda mempengaruhi mood anda...


Tahun 2005 ketika mengambil keputusan SPM dulu, merupakan saat2 yang aku ingin diulang kembali....bagi yang bersekolah harian mungkin result itu boleh dibanggakan...tapi berada di situasi itu, ketika dan saat itu...aku merasakan diri ini sangat2 kerdil+kecik ( walaupon saiz XXL) dan tak dihiraukan oleh sesiapa pon....( salah siapa???? ....bukan salah sesiapa pun)


Maka bermulalah perjuangan di Kolej matrikulasi untuk membuktikan bahawa aku juga boleh seperti mereka....dan sebenarnye di sinilah anda akan benar2 diuji..ramai rakan2ku yang cemerlang semasa SPM terkandas disini dan dilelong semasa permohonan ke Universiti.. trdapat juga rakan2 yang mendapat 5A semasa SPM kini mengambil jurusan Perubatan di IPTA...oleh itu, jangan sesekali anda menyalahkan takdir yang telah ditetapkan ke atas anda..dan janganlah selalu berasa selesa di mana pun anda berada...dan kini aku senang di mana aku berada....namun, perjuangan tetap akan diteruskan....doakan aku adik2ku.........


Titik persamaan kita..adalah kita telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia....maka, haluan ke mana selepas itu, anda tetapkan sendiri ...jangan biarkan anda hanyut mengikut arus.....samaada anda ingin menggunakan kepurusan SPM untuk ke Universiti atau menggunakan result Matrikulasi...anda tetapkan!!! bagiku, hanya result matrikulasi satu2 pilihan...dan result SPM untuk mendapat tempat di Kolej matrikulasi....
Nasihatku, walau ape pun hasilnye........bersyukur lah, dan terimalah seadanya..itu adalah rezeki anda!!


cebisan nota ini..
aku tujukan kepada adik2ku yang akan berperang dengan perasaan pada pagi ini..

  • fatin nabila.....STAM di SAMTKKB
  • mohd loqman......samer
  • apis.......smk ampang pecah
  • amal basyirah......samtaj
  • nurul syakirah.......sbpiSb
  • fatin sofia.......semashur
  • ain....TKC

No comments: