Sunday, July 7, 2013

My Old Life : Setiawangsa

::Bismillahirrahmannirrahim.::

Hari ini genap 4 bulan aku berhijrah ke Kuantan, Pahang.. Tempat asing yang tidak pernah terlintas diifikiran ini  untuk tinggal lebih dari sehari apalagi bermukim terus di sini.. Tetapi, Allah adalah sebaik-baik perancang dan dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya yang seorang ini. Maka, aku redha~

Mei 2012~ dalam kegelisahan para-para EMEDian yang kononnya akan ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth, Sabah..terlintas dibenak ini, kenapa Sabah? kenapa tidak Pahang??? ~ Maha suci Allah yang memberikan ilham kepada hambanya seawal itu.

Doa kesyukuran dan perpisahan oleh ayah.
Sebelum aku berhijrah ke Pahang dan memperoleh pekerjaan tetap sebagai seorang PPP di KKM aku terlebih dahulu diuji olehNya, menimba pengalaman dengan bekerja menjawab telepon dan melayan kerenah manusia bengkeng di Celcom Contact Centre selama 3 bulan, kemudian berhijrah untuk melayan pesakit2 fussy di Sunway Medical Centre selama 8 bulan lebih... Alhamdulillah, syukur tuhan itu maha pemurah lagi maha penyayang..semuanya punya aturan yang begitu cantik sekali,  Dan semua ini gara-gara ajakan manusia, yang ini....

Saat aku merasa sangat-sangat berputus asa, sebagai seorang Siswazah Menganggor DIA perkenalkan aku dengan seorang sahabat yang berjaya membuka minda aku untuk melihat jauh maju  kehadapan tanpa menoleh kebelakang.
Sahabat merangkap ex-Roomate dari Sabah
Masih segar dalam ingatan, akan ajakan sahabat ini untuk sama-sama berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan tetap dan tidak lagi bergantung harapan akan kerja2 part time yang sangat tidak menjamin masa depan untuk seorang lelaki yang inginkan kerjaya macam aku..hehehe.... Lalu aku tekadkan diri untuk melupakan seketika hasrat untuk berkhidmat di Hospital, jauh meninggalkan sahabat EMED yang masih bersandar percaya akan janji-janji  'mereka'...dan sekali lagi aku bermusafir ke Kuala Lumpur untuk satu tempoh, yang aku sendiri tidak jangka~ yeehaaa!!

Miss this moment

1 April 2012~ aku dan Fadil menyewa sebuah rumah di Keramat Wangsa, rumah dua bilik  yang banyak mengajar aku  berdikari dan menjadi seorang dewasa. Sesungguhnya, nikmat persahabatan dan semangat kekeluargaan  terasa menyenangkan disini. Dengan keluarga angkat yang sangat baik dan sangat prihatin. Sememangnya sukar dicari ganti....,arghhh!! aku amat merindui mereka~ Ukhwah fillah abadan abada, InshaAllah~

 
My lovely room

Emak dan Ibu
 
Terlalu banyak yang ingin aku coretkan tentang perjalan hidup yang singkat ini,  Setiap yang bermula pasti ada penghujungnya. dalam  ura-ura bahawa aku akan dipanggil berkhidmat ke Sabah semakin tidak lagi kedengaran, rupa-rupanya roomate aku inilah yang rezekinya tertulis di Sabah.

16 Disember 2012~ Fadil terbang ke Sabah, spesifiknya Lahad Datu meninggalkan aku seorang diri..cess!!!, macam terbalik je plan ni, aku ingat aku yang akan tinggalkan dia , skali aku la yang kene tinggal...hahahaha. sungguh berbelah bahagi saat ini, perasaan yang bercampur-baur, berkecamuk tapi xdelah sampai remuk ...., sambil  menunggu panggilan SPA yang tak kunjung tiba.memang makan hati beb!!~

Sedih memang sedih, tapi hidup mesti diteruskan, sememangnya aku sangat rindukan saat kitorang mengira perbelanjaan dapor....gaji kecikja RM1400 sebulan, nak share ngan family kat kg lagi , sharing opinion tentang politic, agama dan masalah manusia,  spending time gi shopping kat Aeon Setiawangsa, pastu menyepahkan dapor.solat jemaah sama2...dan juga merempit gi solat jumaat di Masjid Muadz Bin Jabal.....arghhh!! miss those moment!~

Orang bujang pon reti masak pe

Kami kene reject dari PTD..sadis jaaa~

Lauk pertama masa mula-masuk rumah~ masihkah kau ingat??!!

Masakan orang bujang ~ simple ja

My bihunnnnnn!!~

Mari menjahit kasut~ yeehaa!!


4 Januari 2013~
Keputusan SPA keluar, alhamdulillah....permohonan aku dimakbulkan olehNya, walaupon interbiu berjalan tidak selancar yang diharapkan... PPPU41 sudah berada dalam genggaman!!~ yeehaaa!! Doa kesyukuran dipanjatkan semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya. sungguh penantian yang membuahkan hasil.
Pahang!!!! aku datang ~

22 Febuari 2013~ 
Maha Suci Allah, beberapa hari sebelum pergi ke Kuantan, Fadil dari Sabah bertandang ke rumah sewa kami dan kami sama-sama meraikan keluarga angkat yang banyak berbakti dan menyayangi kami. farewell party la kononnya. hahahaha sesungguhnya berat hati ini nak melepaskan rumah Setiawangsa ini..rumah yang menyimpan 1001 kenangan yang takkan dilupakan hingga akhir hayat.~

1 Mac 2013~
Good bye Setiawangsa, petang itu aku melangkah dengan berat hatinya untuk pergi kerja di Sunway  Medical Centre buat terakhir kali nya, bersama saki baki barangan yang tinggal. Keje Night Shift. Keesokan harinya, haluan WARAJA terus ke kampung halaman di Batang Kali, bukan lagi ke Kuala Lumpur seperti kebiasaannya... sob sob sob T-T


That All,

Syukruzlan

Saturday, July 6, 2013

Corporate Social Resposibility ::Rumah Nur Iman, Kempadang

::Bismillahirrahmannirrahim::

Setelah lama tidak berphotoblog..hari ini tetibe rase nak megupdate blog..memandangkan terlalu banyak untuk dicerita ..and because of every beginning needs a kick start.. THUS, hopefully this is the first step...peace ^^
Actually, gambar-gambar kat bawah ni diambil masa Program Amal yang dirancang secara tidak sengaja oleh PPW ( Program Penempatan Wajib )   Penolong Pegawai Perubatan kumpulan 10  Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, sebelum dorang dipanggil bertugas dan menamatkan penempatan wajib di HTAA.


  
Keadaan bilik adik2 di Rumah Nur Iman, macam dorm SAMURA dulu2 :)
Beramah mesra bersama adik2
Aslam dan adik-adik khusyuk denga citer abang2..harapnye xkene kelentong udahle
Model2 tukang sendukkan lauk..hahaha Izziani, Sister Sarimah dan Senior Azlia.
Ini cabaran bagi kite....macam mana ye ??
Sebelum
Selepas...tadaaaa~
Letihhh woooo
Ahmad dan Alan as a body builder~
Jeme and the gang~
The Dolphine trainer~  YM Tengku Luqman
Berbudi kepada Tanah


Afiq wat OT kat tapak pembinaan... haha
Tukang masak ngan kakak Nurse yang jaga kualiti masakan

Cik Radhiah kite bersama adik Talvinder yang tanak pakai tudung. hahahha








   

 

Seronok sangat dapat luangkan masa dengan adik-adik rumah Nur Iman ni..banyak pengajaran yang boleh kita peroleh tentang kehidupan yang pendek ni, sesungguhnya masing-masing punya cerita hidup yang tersendiri, bersyukur sangat akan nikmat yg dirasa saat ini..., berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Harapnya, program ini bukanlah yang teakhir kalinya, tapi merupakan tapak pertama untuk kita terus berbakti pada nusa, bangsa dan agama ..chewahhh~ Harapnya, akan  kembali semula ke Rumah ini, dengan rancangan yang lebih teratur dan bermanfaat. InsyaAllah~



Just Ordinary me,

Syukruzlan