Wednesday, April 27, 2011

Selamat Hari Lahir Bani

.:Bismillahirrahmannirrahim:.


Hari ni aku amat2 tension....jasad ka bilik, hati dan perasaan kat rumah, kat hukm, kat draf thesis, kat kuiz, kat mane lagi??? haish...jumpe application ni...terus mengong kejap...pergh!! puas men conteng2...sori la member2 aku kat atas tu....no offend ya..harap xde a buat muke 'sinis' lepas nih....hahaha


yang benar
syukruzlan

Tuesday, April 5, 2011

Cerita sebuat pengakhiran.

~Bismillahhirrahmannirrahim~


Minggu ni amat busy [bile mase ko tak busy syuk? busy sesaje] , dengan posting tak habis2, assignment tak siap2 [tapi skang dah siap laa], penat tak ilang [ yang ni payah sket] .....kire2 balik...OMA!! tinggal lagi seminggu je posting, seminggu untuk stadi week, seminggu lagi exam then.....u laaa laaaa....bentang thesis dan cau cin cau...balik kampung toreh getah!!! [cess, macam reti? padahal gi tolong mesen+ tebas semak jaa!]

kalo la kebun getah atok macam ni...pergh!! syok....
ni berbukit bukau. berbalam-balam


Member ajak gi jalan2 gi Johor, die kate nak sponsor minyak ngan hotel skali [alang2 sponsor la bbq, makan dinner, supper skali la...sarap xpe, sendri2!! hahaha].....hohoho. best wooo~ walaupon skolah kat Johor, tapi tak habis lagi round satu Johor,...paling jauh pon sampai Mersing ja....DUSHHH!! sudah2 jangan menceritakan yang belum pasti...yang pasti exam tetap akan berlaku......dah la 2 3 malam ni asyik mimpi jawab exam ja.... jawab tak habis la.... soalan pusing2 la.....psiko laaaa


bestnye kalo betul jadi plan nak bercuti ni....
serius memang tenang la jiwa ..hahaha

Uih....cakap pasal dah nak habis ni..semua dok tanya pasal kerja...keluar jadi pe..member cakap die dah lali ngan soklan ni.....yang paling best die jawab " encik, encik dan encik....jangan tanye saya keluar nanti jadi ape, keje kat mane...tanye la kalo saye mati nanti ,saya nak ditanam di mane??!! tu saye reti la jawab " [ jawapan aku...nak kene kubur kat Mekah, Madinah ke, tapi yang pasti Taman Abadi Ulu Rening...hehehe]

oh! ni bukan kubur aku tp kubur mak bapak Harry Potter...
tak sabar bulan Mei ni...untuk penamat sebuah hikayat..chewaahh kalah Hikayat Merong Mahawangsa...
hehehe

Ok, saje je nak latih menaip....so, cukup a bebel sampai sini....nak siapkan Thesis [disertation] plak....btw, tadi gi sarapan kat Pusat Darah Negara...Dr kat situ tanya macam2 sebab die kate muke aku familiar...padahal aku tak penah pon nampak die ,very very UNfamiliar!! hahaha....pastu borak macam2...last2 die keluar satu statement " Oh, FSKB pun ade kos macam tu, dulu kos untuk budak2 yang tak dapat amek Medic ja"... DUSSSH, very very the Familair statement ni....hehehe. [tapi kos yang dibincangkan bukan pasal EMED ya!! hehehe]

wonder la ...exam nanti aku nak jaawab ape.....jangan meraban sudah le..


Last but not least, aku n ak quote ayat seorang senior AMO, aku lihat die memang layak dihormati...ayatnya berbunyi begini..

"kebebasan suara yang kita laung2kan, akhirnya menjadikan kita sanggup mengumpat keperibadian orang lain dan akhirnya menghina dan menfitnah....sape kita untuk menghina beliau, anda nampak ...................., nak jadi saksi pun kene semak diri kita, cukup tak solat 5 hari sehari semalam? kalo tidak jangan bermimpi nak jadi saksi, bahkan wali kepada anak kita pun kita tak layak!!"



yang benar

Syukruzlan.


Tuesday, February 22, 2011

Tahniah dan TAKZIAH !!


.::Bismillahhirrahmannirrahim::.


ONCALL malam tadi, dapat mesej dari seorang sahabat dari Bangi
" Gile! syuk gm menang"
kemudian, bertalu-talu mesej masuk memenuhi inbox.
dengan perasaan teruja dan penuh minat,
aku bergegas mencari PC yang available di Jabatan Kecemasan pagi itu
demi mengupdate info terkini.

Bermula
dari kerusi fakulti sehinggalah kepada kerusi UMUM.
kerusi UMUM membuatkan ku tersentak!
alhamdulillah...
jujurnya, semua calon yang aku pangkah MENANG!!
[seperti tidak percaya perkara ini telah berlaku ]
tahniah dan TAKZIAH buat kalian.
aku tidak kenal kalian, tapi aku harap aku tidak salah dalam membuat pemilihan.
buat yang kalah,
mari kita tilik diri kita rata-rata, baru kita tahu Allah tu nyata.
siapa tahu, kekalahan ini, adalah lebih baik buat kita..
kita sandarkan percaya pada takdirNya,
sesungguhnya Dia lebih mengetahui, apa yang terbaik buat diri kita.


Untuk PRK kali ini, aku sendiri membulatkan tawakalku pada yang ESA
kerana sebolehnya tidak mahu berpihak kepada mana-mana.
TEKADKU
aku mahu memilih pemimpin dikalanganku,
sebolehnya yang diangkat oleh khalayak itu sendiri.
aku tidak mahukan pemimpin yang diangkat oleh pihak 'atasan'
kerana aku sudah mual dengan skrip yang acap kali diulang tayang.
drama ketidakadilan
ya KetidakadilaN.





:: Karikatur; Keputusan Pilihan Raya Kampus. ::

Kat Depan PC

coursemate [yang mengundi tanpa menghapal nombor] aku cakap, " eh, aku undi yang ini, yang ini, die ni, ini jugak....aik semua menang?!"
aku reply:: "eh, ko bukan sokong A ke? ni calon GM ni pidot!!"
" aku undi semua ni sebab dorang ni menonjol, de la jumpe edar2 flyers..dan kenape ye, calon GM tahun ni semua ade rupe?"
aku reply::sighhh~ ko ni Rupelistik!!

huah huah huah huah.



ps:: baju itu aku beli bukan untuk menyinggung sesiapa, tetapi sebagai sumbangan ikhlasku, buat perjuangan mereka....kerana aku tahu kapasiti mereka , "nyata, ianya tidaklah sebesar mana" hehehe


Monday, February 21, 2011

Pilihan Aku adalah KAMU!!

.::Bismillah hirrahman nirrahim::.

ESOK,
adalah hari pembuangan undi,
sejujurnya,
aku akan pilih kamu.

Ya, aku akan pilih kamu,
kamu yang menganggap pencalonanmu adalah satu amanah,
untuk dipikul dan dilaksana semampu-mampu mu,
dan aku tidak akan memilih dia,
kerana dia,
merasakan pencalonannya adalah satu anugerah,
dan tiket untuk menikmati kemewahan seenak rasa.

Ya, aku pilih kamu,
kerana kamu punya idea yang kamu yakin untuk melaksanakannya,
dan aku lihat, kamu punya kapasiti itu,
aku tidak memilih dia,
kerana manifestonya menjanjikan seribu macam manisan luarbiasa,
rasionalnya, aku tahu, dia tidak mencorak dengan akal sihatnya,
kamu mahupun dia,
yang aku mahukan adalah manifesto yang biasa-biasa sahaja
kerana aku tahu, kapasiti dan kemampuan kalian,
nyata, ianya tidaklah sebesar mana.

Ya, aku pilih kamu,
kerana keberanian kamu yang luar biasa,
menentang arus deras secara berdepan dan bersahaja,
dan aku tidak memilih dia,
kerana dia terlalu manja dan terlalu meng'ada-ada'
enak dipayung yang entahkan sampai bila...
[come onlah..]

Ya, aku pilih kamu,
kerana akhlakmu yang kerap membuatku terpana,
ucapanmu yang mendatar, bernas dan membina,
dan aku tidak memilih dia,
kerana figura machonya hanya bersifat sementara,
ucapannya sungguh menjengkelkan, kenyataannya kadangkala mengelirukan.
kamu dan dia,
kalian harus ingat, aku telah menilai kalian bukan sehari dua.

Ya, aku pilih kamu,
tempat selayaknya aku bersandar percaya,
dan aku tidak memilih dia,
kerana emosinya selalu menjauhkan aku dan yang lainnya,
pencalonannya sahaja berjaya membuatkan aku terpinga-pinga,
Bagaimana pula nanti, sekiranya dia yang diangkat untuk memimpin??
kamu dan dia,
kalian harus sedar,
kapal secanggih dan sehebat mana, tetapi nakhodanya baru pandai mengira dan membaca peta,
kapal itu tidak akan ke mana.
mungkin berlegar-legar di sekitar tanjung yang sama.

UTAMANYA
aku memilih kamu,
kerana aku melihat kamu masih menjaga batas-batas yang dihadkan oleh pencipta,
dan aku tidak memilih dia,
kerana kegagalanku melihat batasan yang menjadi pegangannya.
kamu mahupun dia,
aku ingin kalian tahu,
aku tidaklah semulia mana,
tetapi aku masih tahu, batas mana selayaknya aku berada,
namun, kadangkala langkahku tersasar,
tingkahku sumbang
Maka, aku perlukan figura seorang pemimpin untuk kujadikan panduan dan pedoman.
bagi berkongsi masa, rasa dan idea.

Oleh itu aku harus bijak untuk memilih,.
dan maafkanku,
kerana terlalu membanding-banding diantara kalian.
kerana perbandingan itu, acap kali membantu ku mencari yang terbaik,
walaupun aku tahu, kalian insan biasa.. sama seperti yang lainnya..


Just ordinary me,
syukruzlan






Wednesday, January 5, 2011

Kesan naik minyak!!

klik untuk lebih besar, besar, besar dan besar
.
.
maleh nak taip panjang2..

so, due!!! letsla same2 kite raikan
kenaikan dan kemajuan ini..
hehehe