Showing posts with label Sarcasm. Show all posts
Showing posts with label Sarcasm. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Pilihan Aku adalah KAMU!!

.::Bismillah hirrahman nirrahim::.

ESOK,
adalah hari pembuangan undi,
sejujurnya,
aku akan pilih kamu.

Ya, aku akan pilih kamu,
kamu yang menganggap pencalonanmu adalah satu amanah,
untuk dipikul dan dilaksana semampu-mampu mu,
dan aku tidak akan memilih dia,
kerana dia,
merasakan pencalonannya adalah satu anugerah,
dan tiket untuk menikmati kemewahan seenak rasa.

Ya, aku pilih kamu,
kerana kamu punya idea yang kamu yakin untuk melaksanakannya,
dan aku lihat, kamu punya kapasiti itu,
aku tidak memilih dia,
kerana manifestonya menjanjikan seribu macam manisan luarbiasa,
rasionalnya, aku tahu, dia tidak mencorak dengan akal sihatnya,
kamu mahupun dia,
yang aku mahukan adalah manifesto yang biasa-biasa sahaja
kerana aku tahu, kapasiti dan kemampuan kalian,
nyata, ianya tidaklah sebesar mana.

Ya, aku pilih kamu,
kerana keberanian kamu yang luar biasa,
menentang arus deras secara berdepan dan bersahaja,
dan aku tidak memilih dia,
kerana dia terlalu manja dan terlalu meng'ada-ada'
enak dipayung yang entahkan sampai bila...
[come onlah..]

Ya, aku pilih kamu,
kerana akhlakmu yang kerap membuatku terpana,
ucapanmu yang mendatar, bernas dan membina,
dan aku tidak memilih dia,
kerana figura machonya hanya bersifat sementara,
ucapannya sungguh menjengkelkan, kenyataannya kadangkala mengelirukan.
kamu dan dia,
kalian harus ingat, aku telah menilai kalian bukan sehari dua.

Ya, aku pilih kamu,
tempat selayaknya aku bersandar percaya,
dan aku tidak memilih dia,
kerana emosinya selalu menjauhkan aku dan yang lainnya,
pencalonannya sahaja berjaya membuatkan aku terpinga-pinga,
Bagaimana pula nanti, sekiranya dia yang diangkat untuk memimpin??
kamu dan dia,
kalian harus sedar,
kapal secanggih dan sehebat mana, tetapi nakhodanya baru pandai mengira dan membaca peta,
kapal itu tidak akan ke mana.
mungkin berlegar-legar di sekitar tanjung yang sama.

UTAMANYA
aku memilih kamu,
kerana aku melihat kamu masih menjaga batas-batas yang dihadkan oleh pencipta,
dan aku tidak memilih dia,
kerana kegagalanku melihat batasan yang menjadi pegangannya.
kamu mahupun dia,
aku ingin kalian tahu,
aku tidaklah semulia mana,
tetapi aku masih tahu, batas mana selayaknya aku berada,
namun, kadangkala langkahku tersasar,
tingkahku sumbang
Maka, aku perlukan figura seorang pemimpin untuk kujadikan panduan dan pedoman.
bagi berkongsi masa, rasa dan idea.

Oleh itu aku harus bijak untuk memilih,.
dan maafkanku,
kerana terlalu membanding-banding diantara kalian.
kerana perbandingan itu, acap kali membantu ku mencari yang terbaik,
walaupun aku tahu, kalian insan biasa.. sama seperti yang lainnya..


Just ordinary me,
syukruzlan






Thursday, August 27, 2009

86:: Ramadhan kali ke-21

Ramadhan datang lagi ,
satu lagi rahmat dari illahi,
namun aku masih belum bersedia lagi,
untuk bangun menghadapi hari-hari ,
menjalani rutin saban pagi,
menyelak lagi dedaun tingkap,
bagi kugenapkan sepurnama lengkap,

Rinduku pada angin lalu,
menusuk sukma bertalu-talu,
kian terasa tika ini,
bersama teman dan sahabat sejati,
mengisi waktu-waktu senggang,
pusing-pusing setiap petang,
bertarawih selepas isya',
moreh selepas tarawih,
bertadarus selepas moreh,
ianya berterusan sepakat sentiasa,
bergerak dalam satu barisan, atas niat yang sama,
agar tujuh likur turut dirasa,
dan tampak berseri menjelang raya,

kami pacakkan pelita buluh,
suasana malamnya terang disuluh,

semangatnya cukup beza kali ini,
aku kini sendiri,
melayan nafsu nafsi,
tadarus juga sepi,
tarawih apa lagi,
apakah ia layaknya begini???
terasing dan diasing,
sendiri dan menyendiri,
tapi, ianya ternyata pilihanku sendiri,
tanpa perlu menuding jari,
bagi mengakui kekhilafan diri.
dalam memahami isi hati.....