Thursday, August 27, 2009

86:: Ramadhan kali ke-21

Ramadhan datang lagi ,
satu lagi rahmat dari illahi,
namun aku masih belum bersedia lagi,
untuk bangun menghadapi hari-hari ,
menjalani rutin saban pagi,
menyelak lagi dedaun tingkap,
bagi kugenapkan sepurnama lengkap,

Rinduku pada angin lalu,
menusuk sukma bertalu-talu,
kian terasa tika ini,
bersama teman dan sahabat sejati,
mengisi waktu-waktu senggang,
pusing-pusing setiap petang,
bertarawih selepas isya',
moreh selepas tarawih,
bertadarus selepas moreh,
ianya berterusan sepakat sentiasa,
bergerak dalam satu barisan, atas niat yang sama,
agar tujuh likur turut dirasa,
dan tampak berseri menjelang raya,

kami pacakkan pelita buluh,
suasana malamnya terang disuluh,

semangatnya cukup beza kali ini,
aku kini sendiri,
melayan nafsu nafsi,
tadarus juga sepi,
tarawih apa lagi,
apakah ia layaknya begini???
terasing dan diasing,
sendiri dan menyendiri,
tapi, ianya ternyata pilihanku sendiri,
tanpa perlu menuding jari,
bagi mengakui kekhilafan diri.
dalam memahami isi hati.....





4 comments:

In said...

tidak disangka..rupa-rupanya syukruzlan bijak meyulam kata2 pujangga..ahaha3...cayalaaa!

syukruzlan said...

ceehhh..
kopi and pastri je..hahaha
atas keyboard leh a..
nak mengayat....slurr speech sehh..

Anonymous said...

huhu...
sempena bln ramadan ni
ade 1 bnda yg abg lupe...
CUCI r tingkap kt umah tu..
lpe plak duty ye..

syukruzlan said...

woooo...orang tu cuti awal seminggu,
take over la plak...
awal2 dulu dah cuci dah...
nak raye adek a plak..
huhuhuhu