Friday, January 30, 2009

26:: Kemenangan Di Tangan Kita


Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:
  1. 80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)
  2. 49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.
  3. 48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM
  4. MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT
  5. MENEMBAK 4 HELIKOPTER
  6. MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA
  7. MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL
  8. TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.
  9. MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.
  10. MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL
  11. MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL
  12. BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.
  13. MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.
Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alasan ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:



"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله"
“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel.

Sabda Nabi saw:
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.


Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Thursday, January 22, 2009

25:: Kifarah ke ni???

~award yang telah diterima dari saudara padil Chan..mekasih ya!!..adei, layan ajela~

Petang tadi, semua pelajar EMED kene attend short briefing kat Emergency Department Of PPUKM...kelas tu start dalam jam 2.30 petang, so..aku ngan helmi pun bertolak dari kolej dalam jam 2.oo petang....hoohohoho..merasakan diri ini sudah lambat , aku pon terus memecut motor dengan lajunye....hahaha...ok je sepanjang jalan...dalam 5 Km nak sampai ke PPUKM tu, tetibe lak berlaku kejadian yang tak diingini...hahaha adei~ malu2.....moto aku tergelicik kat selekoh yang ade orang sibuk wat jalan baru tu....terbaring aku kat tengah jalan tu...hahaha..helmi lak, macam tak tau nak buat ape...nak angkat moto, tangan die dah melelih darah dah...yang aku plak..macam syok je baring atas jalan tu....hahahaha ( sebenarnye bengang kat orang yang wat jalan tu)..moto aku tu tergelicik sebab:
  • aku bawak laju kat selekoh..
  • jalan tu tak rate...(aku nak bawak kat litar la pas ni...hehehe
  • jalan tu sangat bayak debu2 cinta...cinta la sgt...da macam habuk pemadam api ..( tak caye meh tengok kesan luke aku...masih diselaputi habuk)
  • aku bawak emo [ini yang utama].....so, pas ni tanak emo2...make, punce aku aku jadi emo pon telah dikenalpasti...dan akan cube dielakkan selepas ini..
kesannye...aku dah macam ayam goreng KFC yang disalut dengan pelbagai adunan rempah..dan tunggu mase nak digoreng...ceh...putih sebelah badan...baju aku rabak habis sebelah...seluar plak...rosak teruk..selamat seluar ade harge...kalo tak bertambah la aku nye tatto semula jadi..hahaha...mase ngah baring tu, tetibe lak si Naim ni sampai..adoi~ potong stim la...hahahaha..kalo tak aku nak bermalam terus kat tengah2 jalan2 tu..then , naim pon suggest la aku g PPUKM terus pi basuh luke....tapi memandangkan persalinanku telah rabak segale....aku pon naik malu la..ala2 anak dare nak kene pinang, rase mase tu..hohohooho..so, aku pon soh naim hantar helmi , then aku plak terus balik ke kolej....kire ponteng la kelas kat PPUKM hari ni..maaf ye Dr. Nora..


mase on da way tu, aku baru teringat yang aku tak cek pon keadaan motor aku...sah2 bertambah belang tarungnye...cume yang paling penting...aku tak cek pon same ade berlaku petrol spill atau tidak!!!! mak ai...sah2 motor aku terbaring same ngan aku kat tengah jalan tu....adoi, mase tu tawakal betol kat ALLAH ..moge tak meletup kat tengah jalan...

sampai kat KTSN aku parkir moto kat belakang kolej, malu deh..hahahaha. then, kat dalam otak teringat nak gi hantar motor kat bengkel, nak basuh moto la, nak tukar visor helmet la....adoi, bile mase aku nak piker pasal diri sendiri???? masuk je bilik, tetibe aku rase sakit kat tempat jatuh tadi. sakit dada.bahu..pinggang....jalan pon dah tak betol...sabar2..then, aku pon decide nak nak cuci sendiri luke tu sendiri...siap bawak cotton bud ngan shokubutsu lagi.....aleh2 aku gune tangan je sental luke tu..nak ilangkan pasir2 yang melekat tu...degil betol..selamat patang ni ramai ade kuliah...so, suare jeritan batinku tak la didengari oleh sesiape...adei~

So, aku pon segera mengambil keputusan untuk berehat sepenohnye petang ni..( padahal sebelom tu bersemangat gile nak main bola tampo ..sebb cuace elok..berbanding 2 hari sebelom ni)


Lupelak nak citer pasal Helmi, helmi lak....dapat luke kat kepale lutut, siku dan luke kat tapak tangan...sure lambat sembuh tu...sian die..maaf deh..tetibe rase bersalah yang amat sangat..kepda pengundi2 Helmi..den mintak maaf yo, den tak sengajo...ntah manga kajo ntah..tetibo perkaro nak jadi....ndak boleh ngelak do.....maaf yo...doa2kan lah Yb kalian tu sihat2 blako....sanang nak nyambung kojo.. hohohoho..doakan la den sekali.... [sape soh YB korang lambat bersiap....kalo tak lambat...xde a aku terkejar2+emo2...aku ni driver die ke?? hari2 nak kene tunggu die..kalo nak pakai driver..meh sini moto ko....ni moto aku kot...adei~]

Consequently, ambillah pengajaran dari cerita ini ye...dan per caye lah pada qada dan qadarNya...walaupon memang dah nak sampai kat PPUKM..tapi, ALLAH tu dah takdirkan tak dapat pergi...so, TETAP tak dapat pergi......sabar2 deh...




24:: Penang...here we go!!!



Jumaat ni...stat cuti untuk Tahun Baru Cina, hahaha..so. berpanjangan sampai hari Rabu, ..then aku akan ke Penang beramai2...aka family outing... 4 buah kereta akan bertolak pas solat isya'...hohooohoho...so, post kali ni takde bende nak cakap....just nak mention, weekend ni takde kat kolej...and no more volley ball..adei~


Ape2 pon..nak wish...selamat bercuti semua!! dan kawan2 yang akan menyambut tahun baru Cina..selamat Tahun Baru Cina...
tak lupe gak kat member yang akan masuk kelas memandu hujung minggu ni...hohoho
buat betol2 yok!!!!

~aku nak cari mende ni kat PENANG....hahahaha~



Sunday, January 18, 2009

23:: Pendapat oh Pendapat!!!










semalam, aku ambil sedikit masa untuk makan malam kat Keramat...mungkin sebb malam minggu. so, aku consider untuk join Helmi dan mesya untuk keluar malam tu... Mase kat kedai makan kat Keramat tu, Helmi mintak akak yang ambil order tu tukar TV3, nak tengok berita...macam biasela , berita pasal Palestin menjadi isu utama..then, kitorang borak2la sikit pasal kes boikot memboikot ni....



Antara yang kami bualkan adalah...komitmen orang ramai terhadap kempen boikot ni dan peranan peniaga yang berniaga produk2 ni ...macam meggy, colgate dan pelbagai produk lagi lah...almaklumlah, malam tu perbualan antara pengguna ( aku dan helmi) dan Mesya ( anak peniage)..hahaha...ala2 parlimen tak formal bersidang masing2 cube melontarkan pendapat masing2....hahahaha...rumusannya adalah seperti di bawah:

Ramai yang tak dapat:
nak tukar selera dari meggy kepada produk mee segera yang lain....
nak gune colgate kepada Mu'min or yang lain2..
nak minum starbuck berbanding coffee bean.....

Alasannya,
sebab kita telah diajar untuk masuk ke kedai seperti starbuck dan KFC sejak kecil lagi....serta selera kita telah dididik untuk mengutamakan
produk2 seperti meggy dan penggunaan colgate di bilik air juga lebih meluas berbanding produk2 lain ( ini kerana dari ubat gigi sampailah berus gigi..ramai yang menggunakan brand colgate)
Hakikatnya,
Kini, kita punya banyak pilihan...tepuk dada tanyalah IMAN....walaupun kempen boikot ini akan mengambil masa yang lama untuk berjaya...namun sedikit usaha kita insyaALLAH akan membuahkan hasil.. para peniaga boleh mewujudkan option kepada consumer agar pengguna boleh membuat pilihan....dan kita sebagai pengguna , berusahalah mengawal nafsu kita demi saudara kita yang teraniaya...dan mungkin nanti bila kita telah mejadi ayah dan ibu kepada anak kita...kita didiklah selera mereka agar lebih concern terhadap produk2 islami dan jauhkan selera mereka terhadap produk2 seperti KFC, McD, Colgate, Meggy dan pelbagai lagi..melentur buluh biarlah dari rebung.....insyaALLAH...istiqamahlah dalam usaha memboikot ini.

~muslimah kita dihina.....stand up MAN!!!~

Berikut disertakan senarai barangan keluaran Israel. Silalah download dan print serta sebarkan kepada semua.
boycott-leaflet-a4-ramadan-campaign.pdf
boycott-brochure.doc





Friday, January 16, 2009

22:: Maksud surah Al-Fatehah dan khasiatnya

Bismillaahir rahmaanir rahiim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Al hamdu lillaahi rabbil 'aalamiin
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam
Ar Rahmaanir rahiim
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maaliki yaumid diin
yang menguasai hari pembalasan
Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Ihdinas shiraathal mustaqiim
tunjukilah kami jalan yang lurus.
Shiraathal ladziina an'amta 'alaihim ghairil maghduubi 'alaihimwaladdlaalliin
(Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Khasiat surah Al-Fatehah

  • untuk penyembuhan segala penyakit
  • untuk penyembuhan penyakit mata
  • penawar racun kala jengking
  • sembuhkan penyakit panas atau penyakit perut
  • untuk menghilangkan sifat lupa

~niat kerana Allah dan Yakin Allah dapat menyembuhkan segala penyakit yang dihadapi, insyaallah akan sembuh..~keutamaan surah Al-Fatehah disebut di dalam
sabda Nabi Muhammad S.a.w
"Faatihatul Kitab (surah Al-Fatehah) itu adalah ubat dari segala penyakit
"



diambil dar:http://uniqueofislam.blogspot.com/

21:: Kenapa dengan KAMU???


Kami benci kamu!!!!

Kami benci pada kamu kerana masih tanak mengaku kesilapan..

yang kamu terang-terangan lakukan..

kemudian, mengatakan kami yang membuat FITNAH...

sampai HATI kamu!!!

Semua orang pon tahu ...yang mana betol, yang mana salah...

sudahlah, hentikan lakonan kamu.....

kamu memang talam dua muka..

kami benci orang macam kamu..

kamu takut mengatakan yang haq, kerana ego kamu..

kami diam bukan kerana bacul...

tapi, kami sedang memerhatikan gelagat kamu..

nanti, telah kamu tersilap langkah...

kamu akan tahu langit itu, tinggi atau rendah...


Kawan2ku...jangan jadi seperti dia ye..

nanti kami turut membenci kamu..
sedangkan kini..kami masih sayang kamu..


Thursday, January 15, 2009

20:: Hari ini hari mengundi....


Hari ni....kita akan memilih pemimpin yang bakal membawa suara kita ke Bangi, semoga kita akan memilih calon yanbg selayaknya...calon yang membawa islam seiring dengan jiwanya...memimpin dengan seadilnya....sanggup menginfaqkan hartanya dan tidak terlalu berkira....pemimpin yang menyebabkan kita sedih akan kehilangannya....ya ALLAH, tetapkanlah pilihanku....berilah kemenangan kepada yang Haq dan kesedaran bagi yang Batil....sesungguhnya aku masih bingung !!

Wednesday, January 14, 2009

19:: UntukMu Palestin...hari kedua


~sekitar Larian AMAL..jualan T-shirt~

~bersenam dengan musik yang MANTAP~

~gembira sakan...hahahaha~

~Libau ngan Seqam datang gak...mekasih ya~

~pertandingan mewarna untuk kanak2~


~Uwais dan Naim~
~bersemangat semuanya...alhamdulilah~

~kita hidupkan kembali sistem khilafah...insyaALLAH~

~kawan2 EMED ku yang turut serta~


~temuramah oleh SINAR HARIAN~


~temuramah oleh UTUSAN MALAYSIA~


~Uwais disayangi semua~
~emak, noor dan cik lisah~
~di pameran 'Kembara Derita Al-Quds~
Font size

Tuesday, January 13, 2009

18:: ku HARAMKAN duitku untuk kalian!!!

Kawan2 ku....kita punya banyak pilihan, semuanya terletak pada diri kita sendiri..tepuk dada tanya iman...

Apakah bezanya kekenyangan yang terhasil antara meggy dengan mee ruski???, KFC dengan Kafe KTSN???starbuck dengan kopi mamak??? semuanya sama...kini, kita punya banyak pilihan semuanya terletak ditangan kita....berkorbanlah sedikit demi saudara seakidah dengan kita..tak jatuh maruah seorang muslim apabila makan di warung2 tepi jalan , tapi untuk masuk ke restoran KFC dan McDonald....anda fikir2kan lah......terbitkan rasa bersalah apabila anda mengeluarkan duit anda di depan kaunter...itulah harga yang anda bayar untuk 'MEMBANTU' saudara anda disana!!!!


untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana produk2 ini melaksanakan kerja amalnya layari:http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: "Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM." Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia- 12/1/2009
lagi info pasal boikot!!!
A very good tip for identifying the products to boycott. Every bar Coded product in the market contains its country code included in barcode digits. Please check the barcode of any product before you buy. Check the first 3 digits from the LEFT. Example, an Israeli product will have barcode like: 729 3453459070 The following list is given according the priority as the worst at top and then second worst is next:
729 - Israel
570 - 579 Denmark (i.e. 570, 571... 579)
870 - 879 Netherlands (i.e. 870,871... 879)
300 - 379 France
700 - 709 Norway
400 - 440 German
Please copy this text and forward this text to as many Muslims as possible Via Email via SMS Via Scrap.....I ask all of u, Muslims...Cant u spare one minute in order to spread???

17:: Khaibar Khaibar Ya Yahud! Jaisyu Muhammad Saufa Ya’ud”

UCAPAN PALESTIN untukku:
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya..Doa orang yang teraniaya amat makbul .

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..

UCAPANKU KEPADA KALIAN..
Sabarlah wahai saudaraku, syurga telah dijanjikan keatas keturunan kalian,
Doakan aku termampu membantumu sehabis dayaku,
mendidik generasi2ku kembali kepada islam yang syumul,
bertekad memperbaiki segala kekurangan diri dan kekhilafanku,
waktu itu nanti, aku akan tampil seiringan denganmu mempertahanka kesucian Masjidil-Aqsa...biiznilah insyALLAH..
akan tiba saat itu!!!!


16:: aku malam ini...bangkit dari alpa

12 januari 2009
hari ini ingat nak rilek selepas habis program UNTUKMU PALESTIN, tapi rupenye masih ade saki-baki kerja yang perlu disiapkan...sebagai peringatan sebelom terlupe..antara kerja dan janji yang belom selesai:


1. hantar gambar melalui email kat YB...dan sinar harian..

2. menurunkan banner program.

3. post mortem.

4.bayaran baki duit t-shirt program pada Athifah..RM50.


5. dan ......sedang difikirkan..


Hari ni gak , aku terpaksa turun padang...aka tolong Anne handle multimedia induk adei~ sungguh memenatkan, ingatkan tanak turun, tapi fikir tanggungjawab sebagai ajk pelaksana ngan janji yang dah terbuat kat Mawi ngan Mesya....so, aku pon turun la, untuk tangkap satu dua keping gambar program malam ni.....hahahaha, sebenarnye sian kat Mesya yang terkepit antara dua program...UntukMu Palestin(UP) ngan FCB...sabar deh

Malam ni aku rase sangat tak syok.....tak tau la, bile fikir2 balik antara program UP dan FCB...aku nampak seolah2 program FCB ni lebih banyak diberi sokongan berbanding UP....dari segi sumber kewangan dan tenaga kerja...mungkin perasaan aku kot...tapi untuk pengetahuan umum PPP bagi wang untuk UP sebanyak RM1000 sahaja.....BAYANGKAN....duit sebanyak itu, untuk wat satu konsert amal, bayaran paintball, bayaran futsal, dan macam2 lagi......adei~ sewa stadium pon tak lepas...sebb sewa stadium yang Teknikal dapat RM600 ubtuk sehari, 2 hari dah RM1200..BAYANGKAN??????



~moge keturunanku nanti ,mengutamakan agama dari segalanya, amin~

Apa2 pun aku nak ucapkan kepada organisasi FCB dan UP kerana berjaya membuat 2 program MEGA dalam masa yang sangat la singkat..kesian gak kat TEKNIKAL FCB++ sebb terpaksa ambil kerusi dan meja kat astaka dan stadium malam semalam.....sesungguhnya kerjasama antara Teknikal FCB dan tenaga kerja UP malam tadi sangat membanggakan...pengorbanan mengangkat meja dan kerusi dengan lebih 10 trip lori ulang alik....dan bekerja sampai kol 2 pagi mendapat ganjaran yang besar kelak ..insyaALLAH..



Monday, January 12, 2009

14:: ‘Untukmu Palestin’ dedah isu sebenar -SINAR HARIAN

TAMAN TASIK TITIWANGSA – Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi Kolej Tun Syed Nasir (Jaksa KTSN) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan program ‘Untukmu Palestin’ bagi memupuk kesedaran orang ramai berhubung isu Palestin selama dua hari bermula kelmarin dan semalam. Pengarah programnya, Ahmad Tantawi Jauhari Aktifanus berkata, program terbabit diadakan sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan masyarakat Palestin serta mengutip dana bagi meringankan beban rakyat negara tersebut yang mengalami pelbagai sekatan dan kekejaman di tanah air mereka sendiri. Menurutnya, Jaksa KTSN menggunakan pendekatan berbeza dengan mengadakan aktiviti yang disukai oleh orang ramai bagi menarik perhatian untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku di Palestin. “Biasanya forum dan ceramah yang diadakan, justeru kami lari dari konsep kebiasaan yang digunakan dengan mengadakan program yang dipenuhi pelbagai aktiviti antaranya larian amal ‘Walk For Peace’, pameran ‘Kembara Derita Al-Quds’, ekspo jualan, gerai klinikal pergigian dan perubatan, pertandingan mewarna, futsal dan konsert keamanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan Tabung Amal Palestin sejak Oktober lalu dan setakat ini ia berjaya mengumpul wang sebanyak RM17,000 dan jumlah itu dijangka bertambah menjadi RM20,000 selepas program berkenaan berakhir. “Kami menyasarkan 3,000 pengunjung untuk program selama dua hari ini dan selepas ini kami akan fokus untuk mengadakan ‘roadshow’ ke institusi pengajian tinggi (IPT) terdekat pula,” katanya. Ahmad Tantawi berkata, isu Palestin perlu diangkat pada setiap masa dan bukan hanya sesuatu masa sahaja kerana ia adalah untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada orang ramai di mana Jaksa KTSN sentiasa membuat penyelidikan serta mengumpul maklumat mengenainya. Katanya, bagi umat Islam isu itu sangat sensitif kerana Palestin merupakan tempat yang disucikan kerana pernah berlaku peristiwa besar seperti Israk Mikraj. “Saya berpendirian bahawa kekejaman yang telah dilakukan oleh Israel kepada rakyat Palestin sejak 1948 adalah salah, sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. “Apa pun alasan yang Israel berikan untuk menyerang Palestin ia tidak boleh diterima dan seluruh umat manusia yang merasakan hak asasi mereka dicabuli harus bersatu untuk menentangnya,” katanya. Bagaimanapun menurutnya, masalah di Palestin bukanlah merupakan isu yang eksklusif untuk umat Islam sahaja kerana ia melibatkan agama lain juga. “Justeru pencabulan secara kejam hak-hak asasi manusia itu harus diberi perhatian berat tanpa mengira sempadan kaum dan agama. “Program ini memberikan pendedahan, kefahaman dan peluang kepada orang ramai khususnya warga Kuala Lumpur untuk menunjukkan sokongan serta keprihatinan mereka tentang isu ini selain berpeluang memberi sumbangan secara langsung kepada penduduk Palestin,” katanya.



Saturday, January 10, 2009

14:: sekitar program UNTUKMU PALESTIN.......hari pertama



~bertugas di kaunter informasi...sungguh mengeringkan kredit....hahhahaha~

~larian AMAL.....YB. Dr Lo'Lo' pun hadir sama~


~pembahagian ikot kategori umur~




~aku sungguh terharu..~

~kami sayangkan Palestin~


~sempat gak bergambar ngan IDOLA....tak sangka dapat jumpa LIVE...hoooooooooooray!!!~

~rakaman oleh wartawan RTM.....selamat pagi M'sia~
~tanda sokongan~

~aku nak gak....hahahaha~




Friday, January 9, 2009

13:: Hargailah aku sebagai seorang INDI.. :D

Hari ni merupakan hari penamaan calon bagi pilihanraya kampus (PRK) UKM ....hahahaha...adei, macam2 yang berlaku hari ni.penamaan calon bagi kampus KL bertempat di TIBE (tingkat satu blok E).....malam sebelom PRK ade gak member ajak berarak......iyelah dak kos aku nak bertanding tu..hahaha, aku agak semangat gak nak g....tapi bile piker balik banyak risiko yg perlu ditanggung...niat tu pospont la sampai ke pagi....esok nye, pagi2 lagi aku jumpe 2 keping kertas ungu kat depan pintu...adei~ bahang pilihanraya telah bermula..hohohohhoh.....dan telah ditakdirkan aku berat untuk ke FAKS dan berhajat untuk mengqada segala tido yang tak puas selama seminggu ni....hahahaha
Sebenarnya untuk PRK kali ni aku akan wat pilihan yang terbaik (undi itu adalah rahsia.. :))...tak macam tahun 1 dulu...ikot parti, so, untuk tahun 2 ni aku akan pilih calon ...sebb bagi aku...sebuah kapal yang canggih, tapi nakhoda nye baru pandai mendayung sampan... kapal itu takkan ke mana..setuju tak???

Pagi ni sebelom subuh ni... aku nak citer sket ketidakpuasan hati ku..hahaha...ade ke patut aku dikata "at a dark side " bile aku tanak join dorg...adei~ tak patut..tak patut..kan kan kan.....kali ni aku punye pandang yang berbeza ....tak kesah la kalo ade yang tak setuju.....meluahkan pendapat kan tak salah...hahahaha


firstly....aku paling tak suke pilihan raya berdasarkan parti....tak tau la kenape ye.
second.......kenape ade parti kerajaan dan parti pembangkang??...adei...sepatutnye, untuk menentukan pembangkang atau kerajaan...adalah selepas salah satu pihak telah menang...iaitu, selepas keputusan diumumkan.....setuju???
tak kesah la kalo tak setuju...hahaha...
third, aku paling benci pada ketidak-adilan secara terbuka...kenape lak pihak Universiti menyebelah salah satu pihak???? bukan ke tak adil namanye???? sepanjang proses pilihanraya ..pihak U sepatutnye menjadi pemerhati...kalo nak memberi tunjuk ajar..berilah kepada kedua2 belah pihak, ......cara2 mengisi borang agar lebih jelas, dan lain2nya....adei~inilah keadilan namanya...(info dari kawan yang selalu tompang moto aku...hehehe)
then, aku tak puas hati selagi tak tau sape yang letak paper warne ungu kat bilik aku...sape wei???? baik ngaku....... huah huah huah :)

last but not least...aku nak wish kat semua calon....selamat berjaya dalam membentangkan manifesto anda........ingat SEMINGGU je berkempen...jangan sampai graduate lak , berpanjangan nak berkempen....addic la plak....hahahahaha..

yang benar..

syukruzlan..

Saturday, January 3, 2009

12:: Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah


“Anta dah siap ke? Jom la ke kelas”, saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas.
Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.
Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:



“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”
Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.



Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.



Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan “nasyid” mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).



Sesungguhnya gambar-gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.



Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.
Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.



Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘Ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arab dan Islam!



Anak kita bagaimana?



Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam).


Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”(Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.



Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.



Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.



Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.



Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!



Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.



Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.



Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.



Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.



Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:



“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]



Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.



Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka.




Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?
Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Cheras, 14 Ogos 2006dipetik dari......http://saifulislam.com/


Friday, January 2, 2009

11:: Reply untuk As




KeNapE?
aku xde salah kat die tp die pandang slack kat aku xtau nape pandangan penuh kebencian...

kejijikan...menyampah... terguris hati aku bile sorg kawan buat aku camtu.. dulu g sukan same2... tp sekarang..senyum pown x... andai aku buat salah...maafkanlah.. tp rasenye dah sebulan aku xjumpe die sbelum sebulan lalu ok je.. tp skrg jumpe buat muke camtu.. sakit hati tau tgk muke ko camtu.. wajah sesiape yg membuat hati org yg memandangnye susah hati jatuh dah dosa.. xnak la aku kaitkan ngan hukum agama.. cuz aku bukanlah org arif tentang agama.. senyumlah bang..walaupun terpaksa... p/s: ku tujukan buat abg _ _ _ _ yg aku jumpe malam td dua kali (sakit hati tgk ko)


aku terbace post ni , minggu lepas......mase tu aku rase yang kawan As ni sangat lah kejam...tapi malam ni aku rase neutral..mungkin aku dah wat mende yang sama hari ni.....hahaahahahha adei~ kenape ye???...mintak maaf la kat sape yang terase....jiwa kacau la... aku rase la as member ko jadik macam tu mungkin sebab die ade yang tak berpuas hati ngan kita..atau sesuatu yang wat die rase yang tak selesa ngan kita.. so, kene la. banyak2 bermuhasabah .....moge persahabatn yang terjalin kembali bertaut...jangan biar lame2..nanti jadi barah...susah nak sembuh...hahaha...so, semoge kes ko ngan member ko ni dah selesai....... aja2 fighting...chaiyokx2!!!



10:: Bace dan Nilailah sendiri ye...

mase melawat blog Dr. M tetibe terbace satu comment dari pengunjung blog beliau.....sentap gak ayat die..tapi tak tau la kalo kite masih2 tak paham...atau wat2 tak paham...hahhaha


Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya.......
tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan...
tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?
Sebab mereka takutkan kebenaran Ugama Islam. Ugama yang benar dan agung.....
so, tambahan disini...Adilkah kita???? dan Kalian???!! (untuk bukan sekufu denganku)




9:: 15 minit sebelom tido..


hari ni memang banyak yang dah wat...tapi masih rase tak seronok..jeles je kat member yang dapat men bola tampo petang2..tapi sem ni rase nak main bola tampo tu da macam hambar je...tak tau nape??? so, nak riadah sem ni nak pilih ape yek??? mungkin jogging...arghhhhhhhhhhh..tak tau nape kene lalui perasaan macam ni...tension ma....ya ALLAH janagn la kau tempatkan aku dikalangan hambaMu yang rugi dan lalai....perasaan apakah ini???? semoge hari esok menjanjikan yang terbaik untukku..amin~

Thursday, January 1, 2009

8:: Jualan T-shirt Rasmi UntukMu Palestine

selepas banyak pertanyaan daripada kawan-kawan FSKB tentang cara-cara nak nak tempah


t-shirt UntukMu Palestine...aku pon secara volunteer nye mintak kat Exco TTK untuk tong die promote kat member2 di FSKB dan sesiapa pon yang kenal aku....so, sape2 nak tempah t-shirt bley la..hantar maklumat kat YM aku atau sms je kat 012-9784041...insyaALLAH , aku akan bantu...then, bayar deposit amat2 digalakkan..namun, disebabkan awal semester dan JPA pun tak masuk lagi.....dorg decides, untuk FSKB boleh bayar masa dah dapat t-shirt kat tangan.....hohohhoho...maklumat yang perlu bagi kat aku adalah


nama penoh



  • no. phone

  • no. bilik ( penting untuk delivery)

  • jantina..(hahaha...mane tau nak beli untuk mak**)

  • jenis baju...*hanya untuk perempuan, samaade yang labuh atau biasa

  • saiz baju....paling penting ni


~design asal~
tentang t-shirt....untuk jualan design lebiy kurang macam ni...cume warna full Old Navy aka biru tua la..xde 2 warna macam ni...nak saving bajet kot...lagipon FELLO pemantau kate yang design terbaru aka untuk jualan lagi cantik dan die pon suroh promote kat semua fello gak..


harga untuk t-shirt;
    • lelaki : RM 26
  • perempuan biasa : RM 26
  • perempuan labuh : RM 27


so, tempah yok!!! jom membeli sambil beramal....hasil jualan t-shirt selepas tolak segala modal mentah akan disumbangkan kat saudara kita di Palestine..insyaALLAH..


then, jangan lupe pakai..mase outing kat KLCC ke, TS ke,Mid ke..or mase riadah kat tasik titiwangse ...toksah malu!!!....tunjukkan sokongan kat Palestine.....biar orang Amerika ngan Yahudi atau sape2 yang sokong Israel ...yang ade kat Malaysia ni, tau yang kita sayangkan Palestine.......Palestine kami sayang kamu!!!

~design t-shirt sebenar....design 3D takde mase nak create~

kepada yang dah buat... atau yang masih lagi berminat nak tempah kat aku..sebarang tempahan atau perubahan ( yang berlaku...selepas tengok design ini) boleh dibuat melalui YM aku atau sms ke...

0132733491 sebelum hari isnin bersamaan..5hb Januari 2009

Ingat ni!!! T-shirt anda... mungkin akan dihantar ke bilik anda pada

9 hb Januari ( Jumaat )

...sediakan duit ya!!! hahahahaha