Tuesday, October 9, 2012

Kerja, Kerja dan Kerja

~Bismillahhirrahmannirrahim~
Bercerita tentang alam pekerjaan memang membosankan berbanding kalau bercerita tentang alam persekolahan. Tetapi untuk mendapat sesuatu pekerjaan yang tetap memerlukan satu usaha yang tidak kenal ertis putus asa.

Perjalanan Karier ku ( chewahh)

Penanam Berjaya!!
Kebun Getah Hulu Rening.
April 2011, tamat sahaja pengajian di UKM. aku tak terus mencari kerja seperti rakan-rakan kos yang lain, memandangkan aku perlu mendapatkan lesen untuk mempraktiskan apa yang aku belajar dulu. Dan untuk mendapatkan lesen, aku perlu menyertakan skroll ijazah yang akan peroleh selepas konvo ie September 2011. Maka, aku pun gi la membanting tulang membantu menanam semula anak-anak getah di Kebun getah arwah nenek. Lebih seribu anak pokok hetah gak aku menanam ngan bantuan adik dan abah. sampailah aku jatuh sakit ---> lumbar spams. hahaha merasa!!!, tu la kek dahnye, wat keje salah position...sakit wehh ;(


Medical Standby!!
KLCC Convention Centre. 
Lepas je konvo..terus jadi Job Hunter, alhamdulillah.. sepanjang tempoh ni ramai jugalah senior2 yang membantu. Semoga  Allah membalas jasa2 mereka. antara part time yang aku wat untuk mengisi duit poket adalah gi join sunat menyunat dan juga medical standby di Convention Centre KLCC untuk beberapa event seperti SIFE World Cup, PIKOM PC Fair, KL Infrastructure Event dan sewaktu dengannya. Best gak lah, feeling2 keje kat KLCC ni..pepagi saing2 ngan mat saleh nak masuk opis..chewaaahhh!!




NGO--->; Data Entry!!
Somewhere in KL.
Sambil-sambil keje medical standby sepanjang ujung minggu, aku de gak gi koje ngan sebuah NGO, thank tu my sepupu la Jamaiyah yang bagi opportunity ni kat aku dan rakan-rakan. bekerja ngan NGO ni memang syok la, sebab rakan sekerjanya seusia belia remaja ..hahaha. Tapi dek kerana gaya idup yang mengalahkan ayam daging, berat badan aku pon menaik dengan begitu drastik nya  100++ kg!! mana tak nye, tido kat dalam bilik beraircond, makan semua ditanggung, sarapan kat mamak, malam kat Tom Yam Kelantan...pergh!!! Tangkap leleh beb. Hari2 minum jus nih. Sekali sekala makan kat Ikan Bakar Bellamy.



Celcom : Customer Service Executive
3 April 2012- 25 Jun 2012
AHP, Taman Tun Dr Ismail


Masuk je bulan Mac 2012, aku dah mula memikirkan perjalanan hidup dengan serius. Dengan pandangan jiran-jiran sekampung dan dialog2 yang memang leh wat telinga berdarah..hahaha.

 "Cuti ke? "
 "Kerja mana?"
 "Ooo0o, tapi kerja tu xde EPF kan???"
  Huh!! kerje noreh gotah tu ade ke EPF? Mau jugak kene sembur ni kang.

Tapi bila difikirkan pada sudut yang lebih positif, disebabkan kata2 itu lah yang menjadikan azam kat dalam diri ni semakin kuat.


 Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang,
Maka, nikmat yang manakah, yang ingin aku dustakan?

 aku training kat menara Celcom tu lah...:P

Aku lupekan sebentar angan2 mat jenin nak keje kat Spital yang entahkan bila. Maka, dengan semangat baru, aku pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di Celcom Contact Centre as Custtomer Service Executive...Alhamdullilhah, satu permulaan yang indah untuk mengenal dunia pekerjaan. Dan di sinilah, aku belajar erti bersyukur, betapa beruntungnya aku berbanding yang lain2 nya. bayangkan bersama dengan  ku masih ade geng2 yang berumur 40an tetapi  yang masih lagi mencari-cari pekerjaan!!. Million Thanx to my mak dan abah serta roomate aku skang ni. Yang berjaya membuka mata aku seluas-luasnya!!



Sunway Medical Centre
2 Julai 2012- present

 
 Sunway Medical Centre, ade nampak cam Sunway Piramid tak??? :P

Awal bulan June, member EMED spesifik Miss Azyan Al-Faidz, ajak gi interview kat SunMed, disebabkan kene lak time aku cuti, maka tanpa berfikir panjang aku pon gi la merempit ke PJ untuk attend interview bersama2 ngan Helmi Yazid. Lepas 2 minggu @ 21 Jun 2012, pada hari jadi aku, aku mendapat panggilan daripada HR SunMed yang mintak aku gi wat medical screening kat SunMed dan melapor diri pada 2 Julai 2012. Alhamdulillah, 25 hb Jun 2012, aku berhenti dari Celcom Contact Centre, dan 2 Julai aku kembali untuk berkhidmat di salah sebuah hospital yang terdapat di Malaysia ni...Alhamdulillah. Teringat sms dari Ustazah Suria ( MBSSKL).

"Ada ketika kita minta pada Allah sekuntum bunga yang indah. Tapi Allah bagi kita kaktus yang berduri. Ada ketika kita minta kupu-kupu, tapi diberikan ulat. Kita pun sedih, kecewa bahkan marah. Namun selepas beberapa ketika, kaktus itu tumbuh dan berbunga indah sekali, manakala ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah ketentuan Allah, yang indah dariNya, Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Allah berikan apa yang kita perlukan. Kadangkala, kita sedih, kecewa dan terluka.Tetapi jauh di atas segalanya, Allah sedang mengatur yang TERBAIK buat kita, agar kita belajar untuk sentiasa ikhlas dan redha dengan apa yang kita ada "



Sekian,
Syukruzlan.

1 comment:

afiqzambri said...

Assalamua'laikum Saudara, saudara ada nombor Ustazah Suria yang mengajar di MBSSKL? Saya pernah jadi pelajar dibawahnya (grad MBSSKL 2004) dan kini sedang membina balik contacts guru2.

Harap saudara boleh share nombor beliau dengan saya. emelkan kepada mohdafiqzambri@gmail.com.

assalamua'laikum dan terima kasih