Saturday, June 12, 2010

Perhargaan Seinfiniti~

Hari ini merupakan hari yang terakhir sekali aku menjalani Latihan Industri di Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu....2 minggu lebih berbanding dari yang sepatutnya..semestinya nanti aku akan merindui suasana yang aku dapati di sana, layanan dan tunjuk ajar yang diberikan benar-benar Terbaik!!! Terima kasih ke atas semuanya, semoga jagaan baik yang kuterima selama ini dari kalian mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah S.W.T. hendaknya...
::MEREKA::
  • yang melayan aku seolah2 aku salah seorang staf di sana..lupe sebentar bahawa aku seorang pelajar yang sedang menjalani latihan klinikal..hahaha
  • yang memberi peluang dan tunjuk ajar yang sangat2 aku hargai..kerana pembelajaran itu ada di mana-mana..amat rugi kalau aku lepaskan begitu sahaja.
  • yang sudi berkongsi ilmu dan melatih aku , agar punya kemampuan untuk bersaing nanti.
  • yang sanggup mengutip kembali dan menyimpan leaflet2 ubat untuk ku 'hadam' bila pulang ke Universiti nanti..
  • yang sudi menjawab segala soalan2 'bodoh' yang aku lontarkan.....seakan penyiasat dari Kementerian Kesihatan Malaysia lagaknya aku kala itu.....hahahhaha.
  • yang sudi bertanya khabar dan bergurau senda dengan ku...hingga tiada secebis pun rase bosan terbit dihati ini.
  • yang meraikan hari-hari terakhir aku di sana...perasaan tak tergambar oleh ku pagi itu... tatkala menjamah pulut kuning bersama teman-teman sebelum menyambung tugas di klinik,..terima kasih seinfiniti buat semua..

Terlalu banyak penghargaan yang ingin ku nyatakan di sini...dan yang pasti akan ku canangkan kebaikan kalian seantero alam...semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..Harapanku,agar ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya...Ukhwah Fillah Abadan Abada..InsyaAllah...

Just Ordinary Me,

Syukruzlan,