Wednesday, April 27, 2011

Selamat Hari Lahir Bani

.:Bismillahirrahmannirrahim:.


Hari ni aku amat2 tension....jasad ka bilik, hati dan perasaan kat rumah, kat hukm, kat draf thesis, kat kuiz, kat mane lagi??? haish...jumpe application ni...terus mengong kejap...pergh!! puas men conteng2...sori la member2 aku kat atas tu....no offend ya..harap xde a buat muke 'sinis' lepas nih....hahaha


yang benar
syukruzlan

Tuesday, April 5, 2011

Cerita sebuat pengakhiran.

~Bismillahhirrahmannirrahim~


Minggu ni amat busy [bile mase ko tak busy syuk? busy sesaje] , dengan posting tak habis2, assignment tak siap2 [tapi skang dah siap laa], penat tak ilang [ yang ni payah sket] .....kire2 balik...OMA!! tinggal lagi seminggu je posting, seminggu untuk stadi week, seminggu lagi exam then.....u laaa laaaa....bentang thesis dan cau cin cau...balik kampung toreh getah!!! [cess, macam reti? padahal gi tolong mesen+ tebas semak jaa!]

kalo la kebun getah atok macam ni...pergh!! syok....
ni berbukit bukau. berbalam-balam


Member ajak gi jalan2 gi Johor, die kate nak sponsor minyak ngan hotel skali [alang2 sponsor la bbq, makan dinner, supper skali la...sarap xpe, sendri2!! hahaha].....hohoho. best wooo~ walaupon skolah kat Johor, tapi tak habis lagi round satu Johor,...paling jauh pon sampai Mersing ja....DUSHHH!! sudah2 jangan menceritakan yang belum pasti...yang pasti exam tetap akan berlaku......dah la 2 3 malam ni asyik mimpi jawab exam ja.... jawab tak habis la.... soalan pusing2 la.....psiko laaaa


bestnye kalo betul jadi plan nak bercuti ni....
serius memang tenang la jiwa ..hahaha

Uih....cakap pasal dah nak habis ni..semua dok tanya pasal kerja...keluar jadi pe..member cakap die dah lali ngan soklan ni.....yang paling best die jawab " encik, encik dan encik....jangan tanye saya keluar nanti jadi ape, keje kat mane...tanye la kalo saye mati nanti ,saya nak ditanam di mane??!! tu saye reti la jawab " [ jawapan aku...nak kene kubur kat Mekah, Madinah ke, tapi yang pasti Taman Abadi Ulu Rening...hehehe]

oh! ni bukan kubur aku tp kubur mak bapak Harry Potter...
tak sabar bulan Mei ni...untuk penamat sebuah hikayat..chewaahh kalah Hikayat Merong Mahawangsa...
hehehe

Ok, saje je nak latih menaip....so, cukup a bebel sampai sini....nak siapkan Thesis [disertation] plak....btw, tadi gi sarapan kat Pusat Darah Negara...Dr kat situ tanya macam2 sebab die kate muke aku familiar...padahal aku tak penah pon nampak die ,very very UNfamiliar!! hahaha....pastu borak macam2...last2 die keluar satu statement " Oh, FSKB pun ade kos macam tu, dulu kos untuk budak2 yang tak dapat amek Medic ja"... DUSSSH, very very the Familair statement ni....hehehe. [tapi kos yang dibincangkan bukan pasal EMED ya!! hehehe]

wonder la ...exam nanti aku nak jaawab ape.....jangan meraban sudah le..


Last but not least, aku n ak quote ayat seorang senior AMO, aku lihat die memang layak dihormati...ayatnya berbunyi begini..

"kebebasan suara yang kita laung2kan, akhirnya menjadikan kita sanggup mengumpat keperibadian orang lain dan akhirnya menghina dan menfitnah....sape kita untuk menghina beliau, anda nampak ...................., nak jadi saksi pun kene semak diri kita, cukup tak solat 5 hari sehari semalam? kalo tidak jangan bermimpi nak jadi saksi, bahkan wali kepada anak kita pun kita tak layak!!"



yang benar

Syukruzlan.


Tuesday, February 22, 2011

Tahniah dan TAKZIAH !!


.::Bismillahhirrahmannirrahim::.


ONCALL malam tadi, dapat mesej dari seorang sahabat dari Bangi
" Gile! syuk gm menang"
kemudian, bertalu-talu mesej masuk memenuhi inbox.
dengan perasaan teruja dan penuh minat,
aku bergegas mencari PC yang available di Jabatan Kecemasan pagi itu
demi mengupdate info terkini.

Bermula
dari kerusi fakulti sehinggalah kepada kerusi UMUM.
kerusi UMUM membuatkan ku tersentak!
alhamdulillah...
jujurnya, semua calon yang aku pangkah MENANG!!
[seperti tidak percaya perkara ini telah berlaku ]
tahniah dan TAKZIAH buat kalian.
aku tidak kenal kalian, tapi aku harap aku tidak salah dalam membuat pemilihan.
buat yang kalah,
mari kita tilik diri kita rata-rata, baru kita tahu Allah tu nyata.
siapa tahu, kekalahan ini, adalah lebih baik buat kita..
kita sandarkan percaya pada takdirNya,
sesungguhnya Dia lebih mengetahui, apa yang terbaik buat diri kita.


Untuk PRK kali ini, aku sendiri membulatkan tawakalku pada yang ESA
kerana sebolehnya tidak mahu berpihak kepada mana-mana.
TEKADKU
aku mahu memilih pemimpin dikalanganku,
sebolehnya yang diangkat oleh khalayak itu sendiri.
aku tidak mahukan pemimpin yang diangkat oleh pihak 'atasan'
kerana aku sudah mual dengan skrip yang acap kali diulang tayang.
drama ketidakadilan
ya KetidakadilaN.





:: Karikatur; Keputusan Pilihan Raya Kampus. ::

Kat Depan PC

coursemate [yang mengundi tanpa menghapal nombor] aku cakap, " eh, aku undi yang ini, yang ini, die ni, ini jugak....aik semua menang?!"
aku reply:: "eh, ko bukan sokong A ke? ni calon GM ni pidot!!"
" aku undi semua ni sebab dorang ni menonjol, de la jumpe edar2 flyers..dan kenape ye, calon GM tahun ni semua ade rupe?"
aku reply::sighhh~ ko ni Rupelistik!!

huah huah huah huah.



ps:: baju itu aku beli bukan untuk menyinggung sesiapa, tetapi sebagai sumbangan ikhlasku, buat perjuangan mereka....kerana aku tahu kapasiti mereka , "nyata, ianya tidaklah sebesar mana" hehehe


Monday, February 21, 2011

Pilihan Aku adalah KAMU!!

.::Bismillah hirrahman nirrahim::.

ESOK,
adalah hari pembuangan undi,
sejujurnya,
aku akan pilih kamu.

Ya, aku akan pilih kamu,
kamu yang menganggap pencalonanmu adalah satu amanah,
untuk dipikul dan dilaksana semampu-mampu mu,
dan aku tidak akan memilih dia,
kerana dia,
merasakan pencalonannya adalah satu anugerah,
dan tiket untuk menikmati kemewahan seenak rasa.

Ya, aku pilih kamu,
kerana kamu punya idea yang kamu yakin untuk melaksanakannya,
dan aku lihat, kamu punya kapasiti itu,
aku tidak memilih dia,
kerana manifestonya menjanjikan seribu macam manisan luarbiasa,
rasionalnya, aku tahu, dia tidak mencorak dengan akal sihatnya,
kamu mahupun dia,
yang aku mahukan adalah manifesto yang biasa-biasa sahaja
kerana aku tahu, kapasiti dan kemampuan kalian,
nyata, ianya tidaklah sebesar mana.

Ya, aku pilih kamu,
kerana keberanian kamu yang luar biasa,
menentang arus deras secara berdepan dan bersahaja,
dan aku tidak memilih dia,
kerana dia terlalu manja dan terlalu meng'ada-ada'
enak dipayung yang entahkan sampai bila...
[come onlah..]

Ya, aku pilih kamu,
kerana akhlakmu yang kerap membuatku terpana,
ucapanmu yang mendatar, bernas dan membina,
dan aku tidak memilih dia,
kerana figura machonya hanya bersifat sementara,
ucapannya sungguh menjengkelkan, kenyataannya kadangkala mengelirukan.
kamu dan dia,
kalian harus ingat, aku telah menilai kalian bukan sehari dua.

Ya, aku pilih kamu,
tempat selayaknya aku bersandar percaya,
dan aku tidak memilih dia,
kerana emosinya selalu menjauhkan aku dan yang lainnya,
pencalonannya sahaja berjaya membuatkan aku terpinga-pinga,
Bagaimana pula nanti, sekiranya dia yang diangkat untuk memimpin??
kamu dan dia,
kalian harus sedar,
kapal secanggih dan sehebat mana, tetapi nakhodanya baru pandai mengira dan membaca peta,
kapal itu tidak akan ke mana.
mungkin berlegar-legar di sekitar tanjung yang sama.

UTAMANYA
aku memilih kamu,
kerana aku melihat kamu masih menjaga batas-batas yang dihadkan oleh pencipta,
dan aku tidak memilih dia,
kerana kegagalanku melihat batasan yang menjadi pegangannya.
kamu mahupun dia,
aku ingin kalian tahu,
aku tidaklah semulia mana,
tetapi aku masih tahu, batas mana selayaknya aku berada,
namun, kadangkala langkahku tersasar,
tingkahku sumbang
Maka, aku perlukan figura seorang pemimpin untuk kujadikan panduan dan pedoman.
bagi berkongsi masa, rasa dan idea.

Oleh itu aku harus bijak untuk memilih,.
dan maafkanku,
kerana terlalu membanding-banding diantara kalian.
kerana perbandingan itu, acap kali membantu ku mencari yang terbaik,
walaupun aku tahu, kalian insan biasa.. sama seperti yang lainnya..


Just ordinary me,
syukruzlan






Wednesday, January 5, 2011

Kesan naik minyak!!

klik untuk lebih besar, besar, besar dan besar
.
.
maleh nak taip panjang2..

so, due!!! letsla same2 kite raikan
kenaikan dan kemajuan ini..
hehehe

Sunday, December 26, 2010

Kempen Satu Cucian, Satu Dana

::Bismillah hirrahman nirrahim::

Awal kalam, pemanis kata,
Ucapan salam, pemula bicara

Buat sahabatku sekalian,
Melalui kempen ini, kita bukan hanya mencari keuntungan semata-mata..Kerana untuk memastikan ianya benar-benar berjaya, kita juga telah berkorban masa dan tenaga..dan, kita terus harungi segalanya bersama. Bagi membuktikan kita sememangnya berupaya dan saling bergandingan. Walaupun ada di antara kita yang gagal untuk melakukannya, namun majoriti kita masih lagi bersama...


Dan kita harus berbangga, kerana kita generasi yang bejaya menepis segala alasan-alasan buta, bijak merencana kerjaya dan menyusun usaha..semoga Allah melihat usaha kita dan terus-terusan memberkati dan melimpahi rahmat ke atasnya....

Buat masa ini,..jangan kita tanya, apa ganjaran yang akan kita peroleh dari kempen ini,...kerana takut nanti, kita turut tertewas bersama mereka yang lain.. Tetapi, ambillah sedikit masa , dan tanyakan pada diri kita, apakah yang telah kita sumbangkan untuk kempen ini, bagi memastikan ianya benar-benar berjaya??...kerana ianya akan bertindak umpama bahan api yang terbaik bagi meluncurkan sebuah kereta, menuju lurus ke destinasi yang kita impikan bersama....insyaAllah

yang benar
Syukruzlan

pS:: Hasil penat lelah, kita berjaya mengutip lebih dari RM1300...dan lebih mencapai TARGET bagi sesiapa yang datang FULL day... Alhamdulillah



::Mari saksikan perjalanan sebuah kereta sepanjang
Kempen CuCi ini::



Proses pertama::
penyaringan kenderaan berdasarkan permintaan masa dan situasi...hehehe dan di sinilah mereka2 yang allergic dengan kereta Auto dan Manual akan berlatih, sehingganlah masing2 pro...usai program berlangsung.


Proses Kedua::
Sesi menyimbah2 dan menyental2 mengikut ketebalan daki kereta2 yang ada...kat sini dak2 Emed praktiskan membina muscle2 masing2....hehehe


Proses Ketiga::
Lepas mandi kene la lap.....walaupon ade yang mengatakan bahawa kami berlebih2han dalam melakukan kerja...namun, demi kepuasan pelanggan...kami harungi bersama,.....syokk!!

Proses Keempat::
Meng"Vacuum" di dalam kereta..ini berdasarkan permintaaan pelanggan...kalo yang nak luar sahaja pon boleh....no hal lahhh

Proses Terakhir::
QC---> Quality Control, yang bestnnye setiap daripada kami adalah QC, dan setiap yang tidak memuaskan hati akan kami perbaiki dengan sendiri...oleh sebab itulah sebuah kereta, mengambil masa 30-50 minit untuk selesai dicuci!!! Hebatkan??!! hehehe
tak lepas QC....alamat Kereta tak leh pulang ke tempat parkir masing2....


Puas??
anda puas..kami lagi PUAS





Sunday, December 12, 2010

The Order of Bahadur~

::11 Disember 2010::

Hari ini aku belajar sesuatu yang baru..sesuatu yang aku teringin nak belajar dan lihat secara berhadapan...niat aku pasang dari awal semester lagi, tak sangka akhir semester ni, aku berjaya memenuhi hajat di hati.Alhamdulillah... Encik Baha ( senior AMO) kat Jabatan ajak aku gi assist die khatankan dak2 yang sedang bercuti sekolah time nih...assist ni kire peluang yang amat bermakne sebab dari jadi pembantu la kite bleh belajar dan akhirnye leh perform...maka, kami pun bersubuh lah di surau ED..semangat berobar2 ni...oh ya, untuk kali ini...rezeki aku dan Naim.

Kami bertolak dalam jam 6.45 pagi ke Tapah..dan sampai dalam jam 9 pagi macam tu..official transport kali ni, EXORA hitam..hohohoho....Program berkhatan ni diadalan secara beramai2, siap jemput Bomba dan YB lagi...wallawei~ kali pertama ni, pergi majlis macam ni..syokk wo tengok budak2 ni mandi...[dalam hati, siap la korang pah ni..hehehe]..rase nak join mandi pancutan air pili Bomba tu jugak...selamat la de ramai orang ...

Lokasi: Kampung Lubuk Mas, Tapah
Masa: 9pagi-2.oo petang

Untuk majlis kali ni...kami bukak 2 katil je..buat kat dalam stor kot, tapi surrounding die wa cakap sama lu, kampong habis!!!! dengan suasana yang segar bugar, dan bilik yang 6 kaki bersimen selebihnye jaring dawai...aduh...ramai gilos penonton keliling bilik operasi tu...kalo aku lah sunat time ni sure2 aku dah angkat kaki, takde privasi!! aku kan pemalu..lagi2 nak terk***k**g expose mende alah tu...mak ai!!!..tak mampu den...

Pembahagian tugas, aku ngan naim ditugaskan untuk assist En.Baha..dan jadi runner.,.manakala Angah dan Bro. Hamz...akan saling berbantu-bantuan....peserta kali ni dalam 13 orang...ade yang maintain cool , ade yang blagak berani, ade yang tantrum ...sah2 la ade Tok Mudim yg kene sepak scrotum nye...wallawei!!! ingatkan budak yang menjerit...sekali tok mudim la plak kan..peace Bro!! hehehe...Dan, yang paling best..selari dengan peredaran masa dan teknologi yang semakin pesat, ade gak peserta yang dok syok men game time kene sunat nih...tok mudim lak, berpeluh2..Psiko woo...untuk majlis ni aku tak bawak kamera..tapi aku snap gune kamera Angah....nanti dah de gambar aku akan upload...

Dan perkara nice-to-know-but-not-to-hear mase kat Tapah ni...ade la plak...sorang bro ni tanye kat aku.... reti tak buat tayam?? what is Tayam??? [<--kate aku dengan speaking di dalam hati]...aku ngan naim geleng2...then die tanye kat senior yang lain....semua senyum2..Bile aku tanye balik..dorang kate repair, dengan gaye seakan2 berselindung....Balik bilik aku pun tanye pak sheikh Google....mak ai!! definition die.....Gilossss!!!! tak berani plak aku nak taip kat sini....hishhhh~
::12 Disember 2010::

Wah, semangat berkobar2 lebih sikit dari semalam..insyaAllah..kali ini lebih bersedia...lagi2 bile semalam dapat income yang sangat2 memuaskan hati dan nafsu...huah huah huah.. program kali ni plak buat dekat2 je....dalam area KL [keramat] Tamat Melawati.... aku ngan naim decide gi nek motor je...ingatkan dokek la....jenuh gak la nak mencari....peserta kali ni dalam 5 orang je, kalo ikut perancangan 20 orang....tak kesahlah ramai atau tidak yang penting....masih ade rezeki untuk BELAJAR!!

sterilekan peralatan :: tugas runner

Emla dan CMC ..pastikan mencukupi

LA.... mesti pandai bajet2, elakkan pembaziran

fokus!!!

observe!!

me as a runner..hehehe

The Order of Bahadur wif the organiser and a VIP.
[ YB Saari Sungib ]



Kalo semalam program UMNO, kali ini anjuran PAS...hehehe tapi kalo dah masuk Medical Line ni...kite kene Natural.....niatkan dalam hati berjihad di jalan Allah...fardhu kifayah ni..Kali ni, program habis awal....dan yang paling best, Encik Bahar mintak aku ngan Naim sain kontrak terus je ngan team die... ie En Baha + Angah + Bro.Hamz....kire aku ngan Naim will be officially recognise to join this team for the next event.....hehehehe.. insyaAllah, ade kelapangan kami akan join..sambil belajar dapat income lebih ...hehehe


Last but not least,
:
I felt really excited when joining with these fellas
The Order of Bahadur!!!
hehehe
Next Event!!! Kajang!!!! Kajang!!!