Tuesday, February 22, 2011

Tahniah dan TAKZIAH !!


.::Bismillahhirrahmannirrahim::.


ONCALL malam tadi, dapat mesej dari seorang sahabat dari Bangi
" Gile! syuk gm menang"
kemudian, bertalu-talu mesej masuk memenuhi inbox.
dengan perasaan teruja dan penuh minat,
aku bergegas mencari PC yang available di Jabatan Kecemasan pagi itu
demi mengupdate info terkini.

Bermula
dari kerusi fakulti sehinggalah kepada kerusi UMUM.
kerusi UMUM membuatkan ku tersentak!
alhamdulillah...
jujurnya, semua calon yang aku pangkah MENANG!!
[seperti tidak percaya perkara ini telah berlaku ]
tahniah dan TAKZIAH buat kalian.
aku tidak kenal kalian, tapi aku harap aku tidak salah dalam membuat pemilihan.
buat yang kalah,
mari kita tilik diri kita rata-rata, baru kita tahu Allah tu nyata.
siapa tahu, kekalahan ini, adalah lebih baik buat kita..
kita sandarkan percaya pada takdirNya,
sesungguhnya Dia lebih mengetahui, apa yang terbaik buat diri kita.


Untuk PRK kali ini, aku sendiri membulatkan tawakalku pada yang ESA
kerana sebolehnya tidak mahu berpihak kepada mana-mana.
TEKADKU
aku mahu memilih pemimpin dikalanganku,
sebolehnya yang diangkat oleh khalayak itu sendiri.
aku tidak mahukan pemimpin yang diangkat oleh pihak 'atasan'
kerana aku sudah mual dengan skrip yang acap kali diulang tayang.
drama ketidakadilan
ya KetidakadilaN.





:: Karikatur; Keputusan Pilihan Raya Kampus. ::

Kat Depan PC

coursemate [yang mengundi tanpa menghapal nombor] aku cakap, " eh, aku undi yang ini, yang ini, die ni, ini jugak....aik semua menang?!"
aku reply:: "eh, ko bukan sokong A ke? ni calon GM ni pidot!!"
" aku undi semua ni sebab dorang ni menonjol, de la jumpe edar2 flyers..dan kenape ye, calon GM tahun ni semua ade rupe?"
aku reply::sighhh~ ko ni Rupelistik!!

huah huah huah huah.



ps:: baju itu aku beli bukan untuk menyinggung sesiapa, tetapi sebagai sumbangan ikhlasku, buat perjuangan mereka....kerana aku tahu kapasiti mereka , "nyata, ianya tidaklah sebesar mana" hehehe


No comments: