Monday, November 16, 2009

komen hari ini

Hari ni hari pertama aku seat for exam, ade tiga more to go, leh tak aku taip macam ni....sunguh la "beradab" dalam berbahase..hahaha namun blogging tetap tak lupe....singgah kejap je...nak kopi and pastri [ buat lagi...ni la manusia] sket komen2 yang aku bace dan mungkin leh jadi ikhtibar buat aku dan semua.. suatu ketika nanti...post nye dari blog mazidul akmal sidek dan aku takkan paste kat sini...yang aku nak kopi and pastri adalah komen2 pembacanya..agak bernas dan yang pasti dari pelbagai latar belakang yang berbeza::


  • komen pertama::
  • Untuk mencegahnya atau sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah yang tertera, AM hendak nasihatkan ibubapa untuk,
  • 1. Bertanya kepada anak-anak (terutama yang masih bersekolah), ke mana mereka pergi sehingga larut malam walaupun mereka pergi berdua (adik beradik - yang kononnya menampakkan situasi lebih selamat).
  • Dulu AM terkejut bila ada seseorang mengaku bahawa dia telah 'meniduri' dua orang gadis adik beradik serentak tetapi sekarang tidak lagi. Dah ramai adik beradik (perempuan) boleh 'satu kepala' dan berkongsi 'satu balak' dalam satu masa.
  • 2. Sentiasa 'berfikiran negatif' terhadap perubahan fizikal dan emosi anak-anak (yang masih bersekolah) terutamanya anak perempuan. Jangan mencari jawapan bodoh (atau memang bodoh) dengan tidak mengetahui perubahan anak gadis mereka selama sembilan bulan.
  • 3. Jangan mengada-ngada nak tunjuk kita lebih sporting dan memahami jiwa anak muda hingga mengabaikan tanggung -jawab sebenar sebagai ibubapa. Pencegahan adalah cara terbaik sebelum berlaku sesuatu.

  • komen kedua::
  • Itu peranan ibu & ayah; kedua-duanya kenalah bertegas dalam masalah pergaulan lelaki & perempuan ini. Jika si ayah sahaja bising soal pergaulan bebas anaknya, ibunya buat tak kesah maka memang rumit. Begitulah sebaliknya.
  • Maka itu Islam amat membenci mereka yang senang-senang bercerai berai. Allah SWT murka dengan perceraian. Biar pun dihalalkan. Bila anak-anak tanpa bimbingan kedua ibu ayahnya amat mudah terjerumus kepergaulan bebas ini. Apatah lagi jauh merantau & tiada siapa pun menegur atau mahu menjaga tepi kain orang!.
  • Dajal pun ujud dari janin anak luar nikah. Antara tanda awal kiamat mereka yang memegang syiar beragama pun dari anak luar nikah.
  • Jangan anggap masalah ini masalah kecil atau remeh; jiwa seorang anak haram yang tak bersalah ini amat naif & terhimpit. Darjat mereka di kaca masyarakat pun amat rendah.
  • Permudahkan pernikahan jangan terlampau ditinggikan hantaran. Permudahkan perkahwinan agar maksiat tidak sampai meruntuhkan keutuhan bangsa kita.

  • komen ketiga::
  • Faktor2 terjadinya kebanjiran anak haram di Malaysia:-
  • 1- Terlalu banyak pengaruh drama dan filem yang kini menyelitkan unsur lucah. Malah filem Bollywood yang terkenal dahulunya cukup jaga tatatertib dan tingkah laku dalam filem kini berani menayangkan aksi kelucahan melampau.
  • 2- Lambakan lelaki Melayu yang bersidai di shopping complex, tembok2 dan estet2 secara sepenuh masa menyebabkan mereka tidak mampu membayar hantaran untuk meminang pmpn - maka terjadilah kahwin je tanpa nikah.
  • 3- Ketandusan belia melayu di masjid2, surau2, ceramah agama, dan forum perdana ehwal islam berbanding konsert Inul, The Muse, Avril Lavigne, Beyonce dan Siti Nurhaliza.
  • 4- Kewujudan Pub2, disko dan pusat hiburan yang macam cendawan tumbuh di ibukota tercinta (ecehh.. mcm def gab C plak) yang beroperasi hingga lewat pagi. Arak sebagai hidangan utama. Ecstasy dan pil2 sewaktu dengannya boleh didapati dengan mudah.
  • 5- Terlalu banyak golongan lelaki kini yang bodoh dalam pelajaran tapi pandai dalam seni berkata2 dan golongan perempuan yang pandai dalam pelajaran tapi bodoh dalam berfikir sampai sanggup menyerahkan segalanya2 kat lelaki yang bukan suaminya.

so, bile bace komen2 ni....sure ade yang paham maksudnye kan...bile piker2 balik memang sentap gile mase membace komen2 ni...tapi take it at bright side...memang ade benarnye dan kita perlu mengakuinya...hidup ini ibarat menulis di atas kertas yang kosong, kita boleh memilih stationary ape yang kite nak gune...pen atau pensel...pemadam atau liquid..anda paham maksud saya??? [skema la plak] ..namun dalam melakar sesuatu yang indah kite perlu ilmu dan tunjuk ajar...komen dan kritikan juga kadangkala mampu mendorong kita melahirkan karya yang menarik...cuma kita perlukan hati dan minda yang lapang......aku tahu anda bijak dalam menilai. aku neutral dalam hal ini...serius xde niat lain..sekadar satu perkongsian buat semua yang bakal mempunyai keluarga.. :D

No comments: