Showing posts with label dari blog ke blog...attablighu. Show all posts
Showing posts with label dari blog ke blog...attablighu. Show all posts

Monday, November 16, 2009

komen hari ini

Hari ni hari pertama aku seat for exam, ade tiga more to go, leh tak aku taip macam ni....sunguh la "beradab" dalam berbahase..hahaha namun blogging tetap tak lupe....singgah kejap je...nak kopi and pastri [ buat lagi...ni la manusia] sket komen2 yang aku bace dan mungkin leh jadi ikhtibar buat aku dan semua.. suatu ketika nanti...post nye dari blog mazidul akmal sidek dan aku takkan paste kat sini...yang aku nak kopi and pastri adalah komen2 pembacanya..agak bernas dan yang pasti dari pelbagai latar belakang yang berbeza::


  • komen pertama::
  • Untuk mencegahnya atau sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah yang tertera, AM hendak nasihatkan ibubapa untuk,
  • 1. Bertanya kepada anak-anak (terutama yang masih bersekolah), ke mana mereka pergi sehingga larut malam walaupun mereka pergi berdua (adik beradik - yang kononnya menampakkan situasi lebih selamat).
  • Dulu AM terkejut bila ada seseorang mengaku bahawa dia telah 'meniduri' dua orang gadis adik beradik serentak tetapi sekarang tidak lagi. Dah ramai adik beradik (perempuan) boleh 'satu kepala' dan berkongsi 'satu balak' dalam satu masa.
  • 2. Sentiasa 'berfikiran negatif' terhadap perubahan fizikal dan emosi anak-anak (yang masih bersekolah) terutamanya anak perempuan. Jangan mencari jawapan bodoh (atau memang bodoh) dengan tidak mengetahui perubahan anak gadis mereka selama sembilan bulan.
  • 3. Jangan mengada-ngada nak tunjuk kita lebih sporting dan memahami jiwa anak muda hingga mengabaikan tanggung -jawab sebenar sebagai ibubapa. Pencegahan adalah cara terbaik sebelum berlaku sesuatu.

  • komen kedua::
  • Itu peranan ibu & ayah; kedua-duanya kenalah bertegas dalam masalah pergaulan lelaki & perempuan ini. Jika si ayah sahaja bising soal pergaulan bebas anaknya, ibunya buat tak kesah maka memang rumit. Begitulah sebaliknya.
  • Maka itu Islam amat membenci mereka yang senang-senang bercerai berai. Allah SWT murka dengan perceraian. Biar pun dihalalkan. Bila anak-anak tanpa bimbingan kedua ibu ayahnya amat mudah terjerumus kepergaulan bebas ini. Apatah lagi jauh merantau & tiada siapa pun menegur atau mahu menjaga tepi kain orang!.
  • Dajal pun ujud dari janin anak luar nikah. Antara tanda awal kiamat mereka yang memegang syiar beragama pun dari anak luar nikah.
  • Jangan anggap masalah ini masalah kecil atau remeh; jiwa seorang anak haram yang tak bersalah ini amat naif & terhimpit. Darjat mereka di kaca masyarakat pun amat rendah.
  • Permudahkan pernikahan jangan terlampau ditinggikan hantaran. Permudahkan perkahwinan agar maksiat tidak sampai meruntuhkan keutuhan bangsa kita.

  • komen ketiga::
  • Faktor2 terjadinya kebanjiran anak haram di Malaysia:-
  • 1- Terlalu banyak pengaruh drama dan filem yang kini menyelitkan unsur lucah. Malah filem Bollywood yang terkenal dahulunya cukup jaga tatatertib dan tingkah laku dalam filem kini berani menayangkan aksi kelucahan melampau.
  • 2- Lambakan lelaki Melayu yang bersidai di shopping complex, tembok2 dan estet2 secara sepenuh masa menyebabkan mereka tidak mampu membayar hantaran untuk meminang pmpn - maka terjadilah kahwin je tanpa nikah.
  • 3- Ketandusan belia melayu di masjid2, surau2, ceramah agama, dan forum perdana ehwal islam berbanding konsert Inul, The Muse, Avril Lavigne, Beyonce dan Siti Nurhaliza.
  • 4- Kewujudan Pub2, disko dan pusat hiburan yang macam cendawan tumbuh di ibukota tercinta (ecehh.. mcm def gab C plak) yang beroperasi hingga lewat pagi. Arak sebagai hidangan utama. Ecstasy dan pil2 sewaktu dengannya boleh didapati dengan mudah.
  • 5- Terlalu banyak golongan lelaki kini yang bodoh dalam pelajaran tapi pandai dalam seni berkata2 dan golongan perempuan yang pandai dalam pelajaran tapi bodoh dalam berfikir sampai sanggup menyerahkan segalanya2 kat lelaki yang bukan suaminya.

so, bile bace komen2 ni....sure ade yang paham maksudnye kan...bile piker2 balik memang sentap gile mase membace komen2 ni...tapi take it at bright side...memang ade benarnye dan kita perlu mengakuinya...hidup ini ibarat menulis di atas kertas yang kosong, kita boleh memilih stationary ape yang kite nak gune...pen atau pensel...pemadam atau liquid..anda paham maksud saya??? [skema la plak] ..namun dalam melakar sesuatu yang indah kite perlu ilmu dan tunjuk ajar...komen dan kritikan juga kadangkala mampu mendorong kita melahirkan karya yang menarik...cuma kita perlukan hati dan minda yang lapang......aku tahu anda bijak dalam menilai. aku neutral dalam hal ini...serius xde niat lain..sekadar satu perkongsian buat semua yang bakal mempunyai keluarga.. :D

Monday, November 9, 2009

doakan aku selalu....teman

Ya ALLAH

Ya Allah dengan berkat Nabi-Mu
Dan berkat guru-ku
Luruskanlah hatiku agar agamaku lurus
Betulkan hatiku agarku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku agarku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmumahku tidak merosakkan
Agamaku dan juga tidak merosakkan
kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi didalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya Allah Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidah khianat dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap engkau kabulkanlah Doa ku ini.........

Saturday, October 24, 2009

Antara sabar dan mengeluh~

Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”

(Riwayat al-Hakim)

Huraian :

  • Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
  • Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
  • Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
  • Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya: ”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah: 6)
  • Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, May 1, 2009

sejarah Malaysia dalam buku teks sekolah menengah tu betol ke??

Tu die...panjang gile tajuk post kali ni..hahahaha....saje2 nak wat gimik..bukan ape...bile kite tengok balik sejarah Malaysia @ Tanah Melayu dulu kale..sangatlah biase2 je..xade yang menarik pon....kate melayu hebat.....rase xde yang nak dibanggekan langsung mengenai sejarah tanah air kite ni.......adei~
~kerajaan Siam adalah kerajaan ISLAM...kerajaan Thai adalah kerajaan Buddha..kalo tak caye silelah klik kat mane2 yang boleh2 diklik ye...pastu bukak a blog tu...skrol sampai ke bawah...selamat maju jaye~

Selame ni ade gak terbace cerita @ peristiwa dahagi.....[laknat jualah ke atas mereka yang khianat pada agama dan bangsanya] ...malam ni plak, terbace pasal kisah kerajaan Kedah dan asal usul kerajaan Thailand..kalo benarlah.....aku telah ditipu oleh buku sejarah selama ini...sedih gile!!!!~


Maka, sesiapa yang ade intenet tu...moh la ramai2 kite cari kisah sebenar tentang tanah air kita..baru syok!!! hohohoho..baru bersemangat cintakan negare tu semakin membuak2!!! aja!! basyah!!!
p/s: aku bukan a minat sejarah sangat..tapi bile terbace mengenai sejarah yang cube disembunyikan....hangin lak satu badan...hishhhh

Sunday, April 26, 2009

Award di Musim Exam.....tq2

Esok aku akan mengambil paper Biostatistik..semoge segala usaha aku dan teman2 selama ini berbalas , insyaAllah.....kepada teman2 yang sudi hadir meluangkan masa untuk berkongsi ilmu tentang Biostatistik, aku ucapkan jutaan terima kasih..jasa kalian akan ku kenang sampai bila2...semoga kalian dipermudahkan oleh Nya, seperti mana kalian mempermudahkan urusanku meneliti dan mentadbir jadual2 kosong untuk diisi sebaiknya..amin~

Petang ni juga, sebelum azan berkumandang aku ade a melapangkan mase untuk melihat segala coretan teman2 yang sudi melawat facebook saban hari..make , terbace la 'arahan keras' dari seorang sahabat yangberbunyi

" wahai saudara..sesungguhnya anda telah memenangi award..sila lah berziarah ke blog ku untuk menonton award tersebut..time kasih.."

Pastu aku g a lawat blog die untuk menonton.....tetibe rase nak publish lak kat bog aku..hahaha sorri a anip...tag aku jawab kat Facebook.....mende ni aku publish kat blog..hahaha bukan selalu org nak bagi award kat aku...hahahah



~Inilah, award yang baru aku terime~
Rules:
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this



Balasanku kepada beliau:
Haniff Zaid.
Anip atau member skolah die panggil epen...aku kenal mase kat matrik sebab same kuliah [memang syok a kuliah mase kat matrik kan]...selalu dok sebaris mase kat kuliah..setiap petang weekday + pagi weekend ...die akan mesej soh turon men bola tampo...kenangan men volley ball kat matrik adalah yang paling indah setakat ni...men sonok2..tapi bersemangat..akhirnye Johan mase minggu Koko..hahaha..mase spend mase untuk main bola tampo ni lah kitorang semakin akrab..pastu makan malam same2....anip bagi aku seorang yang dak kecik yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang teman2...hahaha [xde a sampai cam tu...just tambah2 je] .. anaip sebenarnye baik hati, suke pandang slek kat orang..hahaha... tergolong dalam kategori member yang boleh membantu dan berdamping disaat susah dan senang....make aku senang berkawan dengan manusia seperti ini..hahaha..mekasih a wat akaun friendster untuk aku ye..

Ulasan anip tentang diriku:
klik kat sini.


.::senarai penerima Award seterusnye::.
ni la member satu parktikum aku..kitorang selalu share time same2..g main volley same2..g makan same2..g koop same2..g surau same2.....beliau ini sangat rajin...bijak..kemas..sometimes so childish..tapi yang penting...aku akan bertambah semangat bile tengok die stadi...kire sebelom stadi kat bilik aku mesti lepak bilik die..[sebenarnye nak isi perot, pow hasil apa..hahahaha]
Kak syerah [akak ku..hoho ]
akak ku di kampung dulu haha...sekarang sudah berpindah ke ulu yam...keluarge ku sangat rapat dengan kelurga beliau.kak syerah gak yang hantar aku mase masuk matrik dulu..teringat mase kecik2 blaja english dengan kak syerah and arwah along..sebab mak selalu pesan soh jadi pandai macam kak syerah....masih ingat lagi along ajar..." Ali is a hardworking boy....then" Ali work as a teacher"..along ajar penggunaan as and is bile membuat esei...mase tu abah hantar nek moto..blaja malam2 kat klinik.....syok betol.....semoga arwah along ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang soleh.
mase kuliah epid aku suke duduk ngan beliau..sebab sure fokus 101%. Beliau sangat rajin membace dan mengulangkaji pelajaran..kire ulat buku a...so, boleh a jadi idola saat2 kelalaian melanda diri..hahaha
Yana [ coursemate ku ]
couremate aku kat U ni..dak course aku yang lain tak ramai yg nak open pasal blog ni..so, aku award kat die je a ye..hahaha..yana ni seorang yang kuat stadi ..ini terbukti dengan kesan noda2 yang terdapat di atas nota beliau.berbanding nota2 aku yang sungguh suci dan murni..beliau juge berlagak gangster.selalu tanye soklan kat ym aku..tapi bile aku tanye selalu wat dunno...ish bengkek lak aku..hahaha...so, kesungguhan yana belajar dan mengulangkaji pelajaran pon patut aku contohi....yana gak fasih speaking dan berkeyakinan tinggi....[aku ter'cry' mase die bagi ucapan mase majlis perpisahan Dr. Nora]
Abang Epol [senior ATDI]
antara senior yang respek mase kat ATDI yang lain hampeh..hahaha abang saipol ni bleh a kalo membantu kala kebingungan nak jawab soalan....sangat caring ngan junior2 die. sekolah rendah die nye singkatan same ngan sekolah aku iaitu SKBK...hahahaha..terputus hubungan bile aku tukar sekolah..dan aku jumpe blog die ...selepas aku search gambo ATDI kat google. :)
Shah Cula [member SAMURA]
seorang member kat SAMURA tapi berkawan rapat kat matrik..seorang insan yang tabah menghadapi liku2 kehidupan..[kalo mahu mengenali beliau silalah lawati blog beliau]..sangat respek dengan ketabahan dan kecekalan beliau.die sekarang belajar di India dan bakal menjadi seorang doktor...insyaALLAH..amin....maaf kawan kalo aku jarang berhubung..tak bermaksud aku melupakan kamu..
Hajar [ classmate]
ni classmate aku dulu..dok belakang kerusi aku je..selalu berdebat dengan beliau mengenai persempadanan kawasan....dulu aku selalu menang, sekarang ni sure aku tak berani nak berdebat dengan beliau...kerane beliau bakal seorang lawyer...pengganti karpal singh..moge2..hahaha..mase jamuan kelas ..aku dapat name beliau untuk diberi hadiah..[nak tau ape..tanye beliau sendiri]..hahaha
Padil Chan [ keluarge jerantut]
ni jiran aras bawah..mase first year dulu aku tak penah pon tego beliau..sebab aku ingat beliau sorg yang belagak, sombong , bongkak dan poyo..tapi mase bakti siswa...aku dapat tinggal serumah dengan beliau..spend mase makan, naik moto, basuh pinggan,tido[jgn piker lain eh]bersame2. barulah aku mengenali hati budi beliau.hahaha sungguh sengal rupenye..bile nak balik jerantut weh??!!! jangan lupe ajak aku..kak ida tak sabar nak bawak g taman negare tu...



tak cukop seploh...tak kesahkan??? hahaha......runout of time a...hahaha

Tuesday, April 7, 2009

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. :
"Mereka yangtidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana umat Islam Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendafta ran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).
Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian.. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:


  • i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
  • ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
  • iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.

Itulah akibatnya. Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu k eputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.
Gerakan Kristian dan Hinduisme Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini. Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang. Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
  • 1) Apa peranan masjid..
  • 2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
  • 3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang


Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja.. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan. Serangan aqidah di Malaysia< /span> Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama.. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir.
Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam. Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD.. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .
Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual. Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam. Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim. Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringatan Daripada Allah S.W.T. Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan. Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak
Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang.. dipetik dari: http://renung-renungkandanslamatberamal.blogspot.com/
sedikit penambahan dari aku...fakta yang dibawa oleh coretan di atas pernah berlaku dan disaksikan didepan mata....di mana imam2 dan jemaah di China( Beijing) begitu ramah melayan setiap tetamu dan jemaah yang hadir...sama ada di dalam bilik wudu' ataupon di dalam masjid....arghh!!..kenangan terindah untuk dikenang.... :D

Monday, March 9, 2009

selamat menyambut Maulidur Rasul..


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
(Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz -Imam BIMB)
BIODATA RASULULLAH SAW

Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..
USIA 8 TAHUN
Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu..
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam ' ah
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl10. Dhirar
11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Wednesday, February 11, 2009

pengertian yang terlewat....update syuk update!!!!

dah lame tak update kat blog ni....nak citer pasal diri sendiri macam xde yang best nak diceritakan.hohoho...so, aku g lawat blog2 yang 'terpilih' utuk mengCOPY and PASTE.. :D sebagai ingatan untuk diri sendiri dan pengunjung blog aku ni ( hahaha ..ade ke??) sedikit perenggan yang aku ambil dari blog sifulislam.com sangat menarik untuk dikongsi bersama...perkara yang disentuh benar2 menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Buletin Utama saban malam....hampir2 aku terpengaruh dakyahnya ( media ni la)....berkaitan politik.mungkin ade yang tak setuju pasal politik2 ni..bagi aku politik dan islam perlu digerakkan selari dan sejajar dengan hukumNya..so,???

SUNNAH KEPIMPINAN
Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya



so, memang benar2 terjawab la persoalan2 aku selama ni..sebab aku pikir...
  1. "awatla kecoh2 sangat...dah orang tanak (ye ke orang tanak???), letak je jawatan tu,ape susah, next time try lagi"
  2. "kenape la orang2 ni dok kejar2 jawatan2 ni..bukan ke tanggungjawab tu amatla berat!!"
  3. "MB ni gipang ke..hahahaha???"
maka, dengan ini segalanya telah terjawab.. alhamdulillah..(sememangnye aku belom mengerti..)

Sunday, February 1, 2009

Yahudi guna 5F untuk hancurkan Islam

Ustaz Zainudin Hashim Sun Feb 01, 09 10:08:02 am MYT

Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.


Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu sembahyang atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah orang-orang. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.


Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud : �Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.�
Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, orang-orang Islam juga turut masuk neraka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad.


F pertama ialah filem

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.
Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti Akhirat, Gubra, Mukhsin, Sepet, Anak Halal, KL Menjerit dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.


F kedua ialah famili

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup beba, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.
Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

F ketiga ialah fesyen

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.

F keempat ialah fun
apakah itu??? ape2 yang syok!!!!!! la...hahaha (tambahan oleh ku)

F kelima ialah food
Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seuruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald dan lain-lain.