Friday, February 6, 2009

Cerita Ini..segala mengenai kehidupan!!

Di sini aku ketemui satu pengajaran yang besar atas pembacaanku.. menafsir apa yang berlaku sekarang seolah-olah manusia kini hilang sifat ketaatannya dan hilang maruah sebagai seorang muslim...untuk kali ini aku mezahirkan diriku sebagai seorang yang belom layak untuk menggunakan kalimah2 Allah dalam hujahku...jadi kuambil bait2 perkataan yang acapkali menjadi dorongan kepada ku untuk dikongsi bersama...nasihat seorang novelis...mungkin berguna dan menjadi pengajaran kelak..siapa tahu???

Bab 19 ; CUBAAN, muka surat 272-273

Dalam tangisku aku merasa masalah Nurul ini adalah cubaan besar bagi komitmenku atas semua kata-kataku di ruah Syeikh Utsman.Cubaan atas kesetiaanku pada Aisha. Boleh saja aku nekad membatalkan kesepakatan dan semua rancangan yang telah ditetapkan seperti filem India. Akad dan nikah kan belum terjadi. Mahar belum aku bayarkan. Aku juga sama sekali belum pernah menyentuh Aisha. Melihat wajahnya juga baru satu kali. Tapi jika aku melakukan hal itu, namaku akan ditulis dengan lumpur hitam berbau busuk oleh sejarah. aku akan menjadi orang munafik yang paling menyakitkan hati orang-orang yang kucintai dan kuhormati seperti Syeikh Utsman, Ummu Fathi , Eqbal Hakan Erbalkan dan isterinya, yang tentunya paling sakit terzalimi adalah Aisha. Kemudian seluruh mahasiswa Turki di Mesir akan melaknat perbuatanku.
Dan kelak krtika aku berjumpa dengan Baginda Nabi beliau akan murka padaku kerana aku telah menyakiti sekian banyak umatnya. Aku tak mahu itu terjadi. Lebih dari itu aku tidak tahu seberapa panjang umurku ini. Jika aku membetalkan pernikahan yang telah dirancang matang, aku tidak tahu apakah Allah masih memberikan kesempatan padaku untuk mengikuti sunnah Rasul. Ataukah aku justeru tidak akan mempunyai kesempatan menyempurnakan separuh agama sama sekali. Tidak selamanya perasaan harus dituruti. Akal sihat adalah juga wahyu Illahi.

Nah, inilah nasihat yang mempunyai maksud yang halus untuk difahami. Maka, terletak pada jiwa yang membaca, untuk memahami dan mengasimilasikan pada saat di mana situasi anda berada...aku hanya ingin mengmbil bahagian untuk menyampaikan, semoga peranan kecil ini membari impak yang besar dalam hidupku dan kalian juga,..moge2



No comments: