Monday, February 21, 2011

Pilihan Aku adalah KAMU!!

.::Bismillah hirrahman nirrahim::.

ESOK,
adalah hari pembuangan undi,
sejujurnya,
aku akan pilih kamu.

Ya, aku akan pilih kamu,
kamu yang menganggap pencalonanmu adalah satu amanah,
untuk dipikul dan dilaksana semampu-mampu mu,
dan aku tidak akan memilih dia,
kerana dia,
merasakan pencalonannya adalah satu anugerah,
dan tiket untuk menikmati kemewahan seenak rasa.

Ya, aku pilih kamu,
kerana kamu punya idea yang kamu yakin untuk melaksanakannya,
dan aku lihat, kamu punya kapasiti itu,
aku tidak memilih dia,
kerana manifestonya menjanjikan seribu macam manisan luarbiasa,
rasionalnya, aku tahu, dia tidak mencorak dengan akal sihatnya,
kamu mahupun dia,
yang aku mahukan adalah manifesto yang biasa-biasa sahaja
kerana aku tahu, kapasiti dan kemampuan kalian,
nyata, ianya tidaklah sebesar mana.

Ya, aku pilih kamu,
kerana keberanian kamu yang luar biasa,
menentang arus deras secara berdepan dan bersahaja,
dan aku tidak memilih dia,
kerana dia terlalu manja dan terlalu meng'ada-ada'
enak dipayung yang entahkan sampai bila...
[come onlah..]

Ya, aku pilih kamu,
kerana akhlakmu yang kerap membuatku terpana,
ucapanmu yang mendatar, bernas dan membina,
dan aku tidak memilih dia,
kerana figura machonya hanya bersifat sementara,
ucapannya sungguh menjengkelkan, kenyataannya kadangkala mengelirukan.
kamu dan dia,
kalian harus ingat, aku telah menilai kalian bukan sehari dua.

Ya, aku pilih kamu,
tempat selayaknya aku bersandar percaya,
dan aku tidak memilih dia,
kerana emosinya selalu menjauhkan aku dan yang lainnya,
pencalonannya sahaja berjaya membuatkan aku terpinga-pinga,
Bagaimana pula nanti, sekiranya dia yang diangkat untuk memimpin??
kamu dan dia,
kalian harus sedar,
kapal secanggih dan sehebat mana, tetapi nakhodanya baru pandai mengira dan membaca peta,
kapal itu tidak akan ke mana.
mungkin berlegar-legar di sekitar tanjung yang sama.

UTAMANYA
aku memilih kamu,
kerana aku melihat kamu masih menjaga batas-batas yang dihadkan oleh pencipta,
dan aku tidak memilih dia,
kerana kegagalanku melihat batasan yang menjadi pegangannya.
kamu mahupun dia,
aku ingin kalian tahu,
aku tidaklah semulia mana,
tetapi aku masih tahu, batas mana selayaknya aku berada,
namun, kadangkala langkahku tersasar,
tingkahku sumbang
Maka, aku perlukan figura seorang pemimpin untuk kujadikan panduan dan pedoman.
bagi berkongsi masa, rasa dan idea.

Oleh itu aku harus bijak untuk memilih,.
dan maafkanku,
kerana terlalu membanding-banding diantara kalian.
kerana perbandingan itu, acap kali membantu ku mencari yang terbaik,
walaupun aku tahu, kalian insan biasa.. sama seperti yang lainnya..


Just ordinary me,
syukruzlan






8 comments:

♥ Nurul Aziemah Roslan ♥ said...

Canteklah ayt..mantap sehhh..terkesima seketika.....heehe

cik hajar said...

haha. arini ari buang undi kat um gak, tp sy tidak pegi mengundi pon. ^^"

basyirah ku said...

wpun xthu spekah "dia & kamu"..tp..mantaplah bait2 sajak ni syuk..heheh.terbaeklah..

syukruzlan said...

Nurul:: dah lame x berblogging....skali idea datag mencurah2 la plak..hehehe

Hajar:: macam mane nak ganti Karpal Singh ni Hajar?? pilihanraya kampus pon xnak involve??...hahaha btw, ngah busy praktikal la ni ya..

yana:: ya meh?~

ku:: ku....kalo bace byk kali.....mesti ter'imagine ' figura pemimpin yang serasi dengan bait2 diatas...'kamu' tu mewakili seorang ja, tapi 'dia' adalah individu yg pelbagai...:P takes time to smell the roses ya.....hehehe

syukruzlan said...

apepun...thanx a lot, sebab sudi membaca, me'ngomen dan memberi kredit yang membina.... trimas ya!

cik hajar said...

haha. jauh kat jb ni, xdpt la g kl semata2 nk undi. xpe2, PRU btul2 sy akn dftr. hahaha

tasnim said...

sajak yang sangat mantap!!!!!!!!!!!1

Aishah binti Othman said...

Subhanallah..penuh makna tersurat & tersirat...baru hari ni menjengah ke blog en.ayie ni