Wednesday, September 16, 2009

moral support di hari raye~

28 ramadhan, JAM menunjukkan kol 4.40 pagi...dan aku baru bangun untuk berjuang dalam menghabiskan baki2 bacaaan demi mencapai misi untuk khatam bagi ramadhan kali...semoga tercapai juga hendaknye lagi sepuluh juzu' ni..:( ]...mengharap untuk bertakbir dengan seribu kegembiraan dan keterujaan pada syawal kali ini. Bagi meraikan perjuangan dalam sebulan lebih di medan pengukuhan jiwa~ insyaAllah..

Hari ini gak KTSN semakin sunyi dan sepi...ramai sunggguh teman2 yang telah pulang ke kampung halaman , ade juga yang akan bertolak pulang sebentar nanti...selepas subuh. bagi mengelakkan kesesakan yang menggila ketika musim perayaan tiba. Dan aku disini, masih mempunyai tanggungjawab yang berbaki. Kelas Journal club di HUKM dan presentation kes trauma hari ni, moga2 berjalan dengan lancarnya [oh ya aku masih belum mengemas baju untuk pulang....adei~]...

Sebelom terlupa hari ni juga ada sambutan hari al-Quds di Masjid kampung baru...hajat di hati nak turut serta..itupon kalo sempat berjemaah di Kg Baru. Kalo tak sempat, solat jumaat kat surau Ibnu Sina HUKM je nampaknye...apa pun dah ade niat ni, perlaksanaannya insyaAllah tercapai....



  • salam lebaran untuk semua,
  • berhati2 lah di jalan raya..
  • ketika teruja pulang beraya.
  • nek LRT, ketapi, bas motor mahupun kereta,
  • jem dan sesak perkara biasa,
  • terutama dekat2 nak raya,
  • ianya, menuntut kesabaran kita,
  • semoge takde yang tak sabar2 nak berbuka,
  • atau ade yang buat2 lupa,
  • akhir kalam buat yang membaca,
  • semoga ceria dan gembira dalam menyambut syawal yang bakal tiba,
  • Di samping sanak saudara dan keluarga terchenta,
Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf kat sesiapa yang mengenali diri ni....keluarga, Guru-guru, pensyarah2, sahabat handai, Saudara-mara dan sekalian umat manusia. atas segala kekhilafan yang dilakukan dalam keadaan sedar atau pon tidak [kalo yang sedar pon dah banyak....yang tak sedar pon lagi banyak la kan :( ]...halalkan juga makan dan minum. Sepnajang bulan ramadhan ini, jika aku ade mengecewakan kalian terutamanya, ketidak kesempatan aku untuk turut sama join iftar bersama...aku mohon maaf. mungkin tak de rezeki untuk kali ini..dusshhh~

so, harapanku agar ramadhan kali memberi makna kepada kepada kita semua..insyaAllah, akhir kalam.....ps: hopefully kite berjumpa dengan ramadhan tahun depan..dan saat ini aku makin membenci bile mendengar lagu raye..adei~

REEDIT~
jam 12.35 tengah hari..pulang dari HUKM, teringat plak nak wish something...selamat pengantin baru juga buat saudara Syaibani yang bakal melangsungkan perkahwinannya di hari raya ketiga....wahhh~ gembira dan terujanya berganda2 menjelang raya, sure takbir tahun ni paling kuat bergema..hahaha....tahniah buat anda...semoga walimahnye barakahhh....amin~ :D :D



No comments: