Wednesday, December 31, 2008
Tuesday, December 30, 2008
6:: Muhasabah diri...result semester lepas..
keKUATan
*mendapat doa daripada emak dan abah.dan rakan2....alhamdulillah
*wat nota untuk rujukan bagi soalan esei dan MCQ...for patho dan farmaco
*riadah petang2 diamalkan.
*subjek PPUKM banyak wat group satdi dan praktikal kat bilik bersama naim ngan emi.
*ada gak membantu rakan sikit2.
*sedang difikirkan.......
insyaALLAH..aku akan berusaha untuk setiap2 peperiksaan seterusnya..semoge mendapat ilmu yang barakah..so, doakan aku yek..
5:: Al-Fatihah..2.Muharram 1430 Hijriyah
4:: Hari ini..Hari yang meletihkan...
Sunday, December 28, 2008
3:: Malam Tahun Baru..segalanya mengenai azam..
~mase sat-sat akhir kat matrikulasi~
sebelom bercerita pasal azam tahun baru, aku citer sket pasal kenangan mase belajar kat sekolah menengah dulu..acctually, Palem ...ex-classmate aku dulu mase kat Samura datang bilik aku tadi.Palem kat UKM amek Medic...so, kitorang dok satu kolej kediaman , sebelum die pindah ke KTDI kat Cheras....malam ni,kitorg borak macam2, tapi lebiy kepada ragam kawan2 kat Samura dulu la..terselit gak citer mase kat Methodist dulu..
~anip ngan as yang bermuke toye..hahaha~
Mase kat Samura dulu, bile piker2 balik aku tak bersemangat sangat nak belajar..mase aku banyak habis kat program je..Malam Kesenian Islam ( MKI ), Malam Rindu illahi ( MRI) , Minggu Muslimin wa Muslimat la, dan macam2 lagi name malam yang aku tak berape ingat...mase tu aku aku masuk rumah Sarjana, warne merah...ala2 citer Harry Potter..selain Sarjana, ade Budiman (HIJAU), Pujangga (KUNING), dan Bestari ( BIRU ).. so, kitorang always compete each other untuk dapat Johan Rumah. Citer pasal rumah sukan ni, aku tingalkan dulu..
~hidup jangan jadi Lab Rat..~
Disebabkan otak aku yang terlalu pikerkan pasal pertandingan antara rumah...so, mood nak belajar tu tak de la sgt..tu pasal aku dapat result SPM ala akar je...selamat dapat masuk kolej Matrikulasi , alhamdulillah...so, tadi mase Palem banyak berborak pasal member serumah ngan die , iaitu rumah Pujangga aka Pujeng...syok gak denga citer palem ni...sebenarnya, mase kat Samura lagi aku memang tabik kat dak Pujeng..bukan sebab aktif je, tapi semangat kekitaan antara dorang pon amatlah membanggakan..iyela, pemimpin nye hebat...tak macam Ketua Rumah (KR) aku....hahahaha, sangat mengecewakan..macam pisang berubah kulit...dak-dak Pujeng pon terkenal ngan pencapaian akademik dorang gak...pergh....member2 aku yang rumah pujeng hampir semua dapat amek kos2 yang best2 kat U..walaupon tak perform kat Samura tapi semangat perjuangan tu diteruskan sampai ke Matrikulasi....memang tabik la kat dorang.
~gembira bersama-sama~
Bagi aku semangat aku untuk belajar berada kat tahap maksimum mase kat Methodist ngan kat Kolej Matrikulasi Johor. Bile wat muhasabah balik, aku harapkan semanagt tu datang balik masa kat U ni..aku harap sangat dapat first class degree..amin~ kat MBS ngan KMJ dulu aku semangat belajar sebab ramai geng yang sekepala. so, semangat untuk belajar bersama2 tu ade. kat Samura plak , aku tak jumpe kawan2 yang sekepale untuk stadi...mungkin sebab member yang sekepale ngan aku dok rumah lain kot..so, amatlah tak memberangsangkan untuk aku cerita kat sini..hahahaha....keciwa ma...if i can turn back the clock!! Ingat lagi kat MBS aku mase form 3 kene turun kelas sebab asyik fail je english...so, mase form 3 la aku stadi betol BI..ingat lagi aku beli kaset The Power Of Love kat Kota Raya..mase fly ..pastu beli walkman kat syafiq...so, petang hari lepas waktu sekolah..aku dok dengan lagu tu sambil menyanyi ngan membace lirik..fuhhh...best giel...bile piker2 balik....alhamdulillah, aku dapat A gak mase PMR...yang best nye, aku adalah antara 3 orang yang dapat 8 A kat MBS ( yang lain amek 7 subjek je)..dan aku satu-satu nye yang dari kelas bawah...mean bukan kelas elit la...hahaha...bangga betol mase tu..so, ngan result tu aku pon pindah Samura..
~berhimpun ramai2 kat bilik as, afiq , apa ngan muiz..syok bangat~
Citer pasal samura , dah citer tadi.......pasal Matrik plak...bagi aku, matrik tempat aku serius dalam hidup ..walaupon tak la serius sgt..tapi boleh la...aku agak keras dalam mengurus jadual aku...hampir setiap malam aku takkan miss stadi dan tido pada jam 3 pagi..tapi bangun sharp la..sesekali je miss subuh..adei~ solat pon kat masjid...makan berjemaah...riadah setiap petang, ain volleyball setiap pagi sabtu dan ahad.so, everything is done well on the line..
~mase final volleyball, minggu koko~
so, kat UKM ni aku..aku ade 3 pilihan samada untuk ikot lifestyle kat MBS? Samura? atau KMJ? then...aku decide aku kene mix2 la...tak bley a ikot jadual macam dulu..sebab tanggungjawab dan suasana pun dah berubah..kene la matang sikit...hahahaha
~alhamdulillah, kami johan....hahaha~
Saturday, December 27, 2008
2:: Program Pengantarabangsaan UKM 2008
Tarikh: Rabu, 10 Disember 2008
Urusetia-urusetia bagi Program Anjakan Paradigma di Negara China berkumpul di Kolej Tun Syed Nasir 1 pada pukul 6.00 petang untuk bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama-sama menggunakan bas Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditempah khas bagi program ini. Kami berjumpa dengan wakil Twin Travel & Tours, Cik Fiona, pada pukul 10.00 malam di kaunter pendaftaran masuk bagasi sebelum menuju ke pintu pelepasan penerbangan pada pukul 11.00 malam.
Tarikh: Khamis, 11 Disember 2008
Setelah lebih daripada 6 jam di udara bersama penerbangan Air China, kami menjejakkan kaki buat kali pertamanya di Tanah Besar China. Ketibaan kami disambut oleh Encik Michael Lee, seorang pemandu pelancong daripada syarikat Islamic China Tour yang akan bersama kami untuk mengenali Bandar Beijing dengan lebih mendalam dan membantu mengatur perjalanan kami sepanjang tempoh di sana. Bersama Encik Lee ialah Encik Chong, pemandu bas kami yang sedia untuk membawa kami ke destinasi yang diingini dengan cekap dan selamat.
Selepas meninggalkan Beijing Capital International Airport, kami menuju terus ke Summer Palace, sebuah destinasi pelancongan bersejarah yang merupakan taman diraja dan istana percutian Maharaja-maharaja China sebelum dijadikan sebagai muzium. Di sana, kami diberitahu secara ringkas berkenaan sejarah hidup satu-satunya Maharaja Perempuan China, Maharaja Se Xi, atau lebih dikenali oleh orang asing sebagai Empress Dowager “Dragon Lady” Qi Ci
Walaupun pemandangan di Summer Palace menarik perhatian kami, namun kami tidak lepas daripada menarik nafas lega apabila memasuki kedai Pearl Shop yang dilengkapi dengan alat pemanas udara. Suhu Beijing yang di bawah tahap beku ketika kami sampai telah naik beberapa darjah pada waktu tengah hari, tetapi kesejukannya tetap terasa.
Di Pearl Shop, kami mempelajari bagaimana mutiara dihasilkan dan diternak secara komersil, juga cara-cara membezakan di antara mutiara tulen dengan mutiara palsu. Selain perhiasan mutiara, terdapat juga produk-produk berasaskan mutiara yang dijual di Pearl Shop dan hanya boleh didapati di sana.
Selepas makan tengah hari di Xinjiang Muslim Restaurant, kami bersolat di Nan Dou Ya Mosque yang terletak berdekatan. Kemudian, kami mendaftar di Beijing Yuanfang Hotel (hotel 3 bintang) dan berehat seketika sebelum menyaksikan persembahan akrobatik di Beijing Worker’s Club. Hari pertama kami di Beijing berakhir selepas makan malam di Judehuatian Restaurant.
Tarikh: Jumaat, 12 Disember 2008
Selepas makan pagi di hotel, kami bertolak ke Universiti Peking yang terletak di daerah Haidian. Kami disambut oleh Cik Wang Wei daripada Jabatan Perhubungan China-Asia, dan Cik Jenny daripada Jabatan Perhubungan Antarabangsa Universiti Peking. Universiti Peking menempatkan lebih kurang 3000 pelajar setahun dalam kursus siswazah dan pascasiswazah, dengan 5 Fakulti utama dan berpuluh-puluh Jabatan di bawah setiap satu Fakulti.
Universiti Peking menerima hampir 100 orang pelajar asing setiap tahun dari pelbagai negara, dengan syarat utama fasih menulis dan berbahasa China kerana kuliah, tutoran, tesis dan peperiksaan semuanya menggunakan bahasa ibunda. Tidak ramai orang China, termasuk para pelajar dan pensyarah, yang fasih berbahasa asing. Ini tidak menghairankan kerana Negara China masih lagi dalam peringkat awal proses pengantarabangsaan dan rakyatnya jarang berinteraksi dengan orang luar sebelum ini.
Selepas sesi pengenalan dan bertukar-tukar maklumat di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Peking, kami dibawa melawat sekeliling kawasan kampus. Kami berpisah dengan pelajar di Universiti Peking dengan janji untuk berhubung di masa hadapan.
Selepas makan tengah hari di Judehuatian Restaurant, kami bertolak ke Dizhen Silk Factory. Di sana, kami mempelajari bagaimana sutera dihasilkan dan pemprosesannya kepada bahan siap seperti kain, selimut, dan barang perhiasan. Jadual waktu petang kami diteruskan dengan lawatan ke Tiananmen Square dan Forbidden City, dua kawasan bersejarah penting di China yang terletak di tengah-tengah bandar Beijing. Parlimen dan Jabatan Kerajaan China terletak di sekeliling Tiananmen Square dan terdapat tugu peringatan dibina di dalamnya.
Forbidden City ialah kompleks istana terbesar di dunia yang melingkungi kawasan seluas 74 hektar dan dikatakan mempunyai 9999 bilik. Selepas menjadi istana diraja untuk lebih kurang 5 abad kepada dua Dinasti dan 24 Maharaja, Forbidden City, atau nama barunya Palace Museum, menempatkan banyak harta dan artifak bersejarah yang tidak ternilai harganya.
Selepas 3 jam merentasi dari pintu masuk Tiananmen Square ke pintu belakang Palace Museum, kami berhenti sebentar di kedai teh terkenal Dr Tea. Ada banyak jenis teh China yang diperkenalkan kepada kami dengan kesan yang berbeza selepas meminumnya, daripada untuk merehatkan badan sehinggalah kepada perubatan dan upacara rasmi. Kami pulang ke hotel untuk berehat selepas makan malam di restoran.
Tarikh: Sabtu, 13 Disember 2008
Seperti biasa, kami makan pagi di hotel sebelum memulakan perjalanan. Aktiviti utama kami pada hari ini ialah melawat Tembok Besar China. Pintu masuk terdekat ke Tembok Besar China terletak lebih 60 km dari Bandar Beijing, sekurang-kurangnya satu jam perjalanan menggunakan bas. Kami berhenti di beberapa kilang di sepanjang perjalanan ke sana untuk lebih mengenali industri-industri penting di China.
Perhentian pertama kami ialah di Beijing Bao Shu Tang Scientific Technology Pharmaceutical Company. Berlainan dengan kilang farmaseutikal biasa di Malaysia, kilang Beijing Bao Shu Tang memproses ubat tradisional China menggunakan bahan-bahan semulajadi berbanding bahan kimia. Penjelasan yang diberikan kepada kami diutarakan dalam Bahasa Indonesia, bukan Bahasa Inggeris seperti di tempat lain.
Perjalanan kami diteruskan ke kilang-kilang membuat barangan perhiasan diri dan rumah seperti Jade Factory, Crystal Factory, dan Cloisonne Factory. Di setiap tempat, kami diberitahu sejarah pembuatan setiap barang dan kepentingannya kepada orang-orang China. Akhirnya, selepas makan tengah hari dan solat di Friendship Mall, kami tiba di Tembok Besar China pada pukul 1.30 tengah hari.
Tembok Besar China mempunyai kepanjangan lebih daripada 6000 km dan merupakan salah satu daripada 8 keajaiban dunia. Ia mula dibina pada 700 S.M. dan diteruskan sehingga 1600 masihi. Kami naik ke Tembok Besar China menggunakan Juyongguan Pass di utara yang juga dipanggil Badaling. Tembok di kawasan ini mencapai ketinggian 7.8 m dengan kelebaran 5 m. Salji yang turun sebelum ini menjadikan kawasan ini licin, dan kami harus mendaki dengan berhati-hati.
Sebelum bertolak semula ke Bandar Beijing, kami singgah di Badaling Ski Resort yang terletak 2 km daripada Badaling Great Wall untuk pengalaman ski pertama kami. Walaupun ditiup angin sejuk sepanjang hari, namun semangat kami untuk mendapat pengalaman berkenalan dengan salji sebenar tidak terpadam. Hari ketiga kami di Beijing dimeriahkan lagi dengan steamboat panas untuk makan malam selepas seharian meredah kesejukan.
Tarikh: Ahad, 14 Disember 2008
Selepas bersarapan di hotel, kami bergambar sebentar di Bird’s Nest Stadium sebelum masuk ke kedai Long Bao Xuan Jewellery. Pemilik kedai ini berasal dari Malaysia sebelum bermigrasi ke China. Kami diberitahu serba sedikit berkenaan pengeluar-pengeluar permata berkualiti terbaik dunia dan cara-cara membezakan di antara permata benar dan palsu. Destinasi kami yang seterusnya ialah Tung Tao Yao Shen Foot Massage Parlour. Urutan di sini menggunakan ubatan tradisional China dan dilakukan oleh pelajar-pelajar perubatan tradisional China.
Kami bergerak ke Sanlitun Yashow Clothing Market selepas makan tengah hari di Xinjiang Muslim Restaurant. Kami mendapat pengalaman tawar-menawar harga di sana dan mempelajari bagaimana untuk mendapatkan harga terbaik. Silk Street Pearl Market memberikan perasaan yang hampir sama dengan Sanlitun Yashow Clothing Market, namun kompleks bangunannya adalah lebih besar dan bilangan pengunjungnya lebih ramai. Sebelum makan malam, kami singgah sebentar di Tianya Jewellery Market, sebuah kompleks perniagaan yang baru dibuka dan lebih lengang berbanding dua kompleks perniagaan sebelumnya.
Tidak seperti malam sebelumnya, kami tidak terus balik ke hotel selepas makan malam. Mempunyai reputasi seperti Bintang Walk di Malaysia, Wangfujing Street penuh dengan kedai membeli-belah dan dekorasi Krismas. Kami berehat sebentar dengan menikmati suasana malam di sana sambil bergambar dan berbelanja untuk dibawa pulang ke tanah air.
Tarikh: Isnin, 15 Disember 2008
Kami mendaftar keluar daripada Beijing Yuanfang Hotel selepas bersarapan dan menyimpan semua barangan di atas bas. Waktu pagi kami diisi dengan melihat-lihat di sekeliling Sunny Market dan merupakan peluang terakhir kami untuk mendapatkan barangan murah dari Beijing. Majlis penghargaan kepada pemandu pelancong kami dilakukan secara tidak formal selepas makan tengah hari. Dengan berat hati kami mengucapkan selamat tinggal kepada Encik Lee dan Encik Chong di Beijing Capital International Airport dan mendaftar masuk bagasi pada pukul 2.00 petang.
Perjalanan balik kami tidak berjalan dengan lancar. Penerbangan kami terpaksa ditangguhkan selama 5 jam kerana masalah teknikal dan kami menghabiskan masa di kawasan menunggu. Akhirnya, pesawat kami berlepas pada pukul 9.00 malam dan tiada masalah penerbangan berlaku selepas itu.
Tarikh: Selasa, 16 Disember 2008
Urusetia-urusetia bagi Program Anjakan Paradigma di Negara China Universiti Kebangsaan Malaysia sampai di tanah air pada pukul 4.15 pagi. Kami berpisah dengan Cik Fiona dan pengiring kami Puan Wan Mazlina dari Pusat Perkembangan Pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menaiki bas yang ditempah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk pulang semula ke Kolej Tun Syed Nasir 1. Kami berpisah ke destinasi masing-masing selepas sampai di kolej.
1:: UntukMu Palestin 2008
http://untukmupalestin.blogspot.com/