Sunday, December 26, 2010

Kempen Satu Cucian, Satu Dana

::Bismillah hirrahman nirrahim::

Awal kalam, pemanis kata,
Ucapan salam, pemula bicara

Buat sahabatku sekalian,
Melalui kempen ini, kita bukan hanya mencari keuntungan semata-mata..Kerana untuk memastikan ianya benar-benar berjaya, kita juga telah berkorban masa dan tenaga..dan, kita terus harungi segalanya bersama. Bagi membuktikan kita sememangnya berupaya dan saling bergandingan. Walaupun ada di antara kita yang gagal untuk melakukannya, namun majoriti kita masih lagi bersama...


Dan kita harus berbangga, kerana kita generasi yang bejaya menepis segala alasan-alasan buta, bijak merencana kerjaya dan menyusun usaha..semoga Allah melihat usaha kita dan terus-terusan memberkati dan melimpahi rahmat ke atasnya....

Buat masa ini,..jangan kita tanya, apa ganjaran yang akan kita peroleh dari kempen ini,...kerana takut nanti, kita turut tertewas bersama mereka yang lain.. Tetapi, ambillah sedikit masa , dan tanyakan pada diri kita, apakah yang telah kita sumbangkan untuk kempen ini, bagi memastikan ianya benar-benar berjaya??...kerana ianya akan bertindak umpama bahan api yang terbaik bagi meluncurkan sebuah kereta, menuju lurus ke destinasi yang kita impikan bersama....insyaAllah

yang benar
Syukruzlan

pS:: Hasil penat lelah, kita berjaya mengutip lebih dari RM1300...dan lebih mencapai TARGET bagi sesiapa yang datang FULL day... Alhamdulillah



::Mari saksikan perjalanan sebuah kereta sepanjang
Kempen CuCi ini::



Proses pertama::
penyaringan kenderaan berdasarkan permintaan masa dan situasi...hehehe dan di sinilah mereka2 yang allergic dengan kereta Auto dan Manual akan berlatih, sehingganlah masing2 pro...usai program berlangsung.


Proses Kedua::
Sesi menyimbah2 dan menyental2 mengikut ketebalan daki kereta2 yang ada...kat sini dak2 Emed praktiskan membina muscle2 masing2....hehehe


Proses Ketiga::
Lepas mandi kene la lap.....walaupon ade yang mengatakan bahawa kami berlebih2han dalam melakukan kerja...namun, demi kepuasan pelanggan...kami harungi bersama,.....syokk!!

Proses Keempat::
Meng"Vacuum" di dalam kereta..ini berdasarkan permintaaan pelanggan...kalo yang nak luar sahaja pon boleh....no hal lahhh

Proses Terakhir::
QC---> Quality Control, yang bestnnye setiap daripada kami adalah QC, dan setiap yang tidak memuaskan hati akan kami perbaiki dengan sendiri...oleh sebab itulah sebuah kereta, mengambil masa 30-50 minit untuk selesai dicuci!!! Hebatkan??!! hehehe
tak lepas QC....alamat Kereta tak leh pulang ke tempat parkir masing2....


Puas??
anda puas..kami lagi PUAS





1 comment:

pidot said...

hahaha..lawak org..pepun..program SCSD mmg bjaya..caya lah bdak emed..thanx atas usaha..