Sunday, October 17, 2010

Aku mahukan DINAR~

~::Bismillah hirrahman nirrahim::~


Menjelang usia kedewasaan ( usia dekat2 nak berkerja ) yang bakal-bakal memikul pelbagai tanggungjawab kepada diri , keluarga, ummah dan ugama. Aku mula memikirkan terlalu banyak perkara dari pelbagai hal...dari yang simple hinggalah kepada yang remeh temeh..dan paling yang bersangkutan adalah berkaitan dengan ekonomi..ya ketika ini aku masih lagi dilimpahi rahmat oleh Allah dengan biasiswa dan keperluan diri yang tidaklah begitu mendesak..tapi bagaimana jika 5 tau 10 tahun mendatang....memikirkan perihal akan berkerja dan menjalani PPW (Program Penempatan Wajib) yang berkemungkinan besar untuk tidak bergaji untuk 3 bulan pertamanya sahaja membuatkan aku mula berjaga-jaga dari saat ini. Hohoho~ insyaAllah aku akan berusaha untuk tidak meminta-minta dan berusaha sedaya mungkin.


~Ini syilling emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara ~


Berbalik pada persoalan ekonomi, terdapat teman-teman yang menganjurkan aku untuk melabur dalam beberapa institusi kewangan yang diyakini halal dari segi hukum dan sudah tentu akan mendatangkan keutungan pada si pelabur. Namun sampai saat ini aku masih belum tergerak untuk turut serta bersama mereka. Dan awal pertengahan tahun ini, jika tidak khilaf...Kerajaan negeri kelantan telah mengeluarkan Dinar Kelatan...dari apa yang aku baca dan teliti...pelaburan dinar ini ( dalam bentuk emas ) amat menguntungkan dan menjamin keuntungan pada masa akan datang.



Ini dinar Kelantan yang dikeluarkan baru2 ini ~


Maka pencarian informasi bermula, dan akhirnya aku ketemu beberapa laman web yang begitu berguna dalam pencarianku.




Oooh!! tak tahulah nak buat pilihan yang mana satu...kene musyawarah ni...semoga beroleh kebaikan untuk tahun2 yang mendatang....Ada ke yang berminat atau punya info yang lebih kuat untuk disandarkan sebelum aku membuat pilihan yang tepat??? hahhahaha..sekali lagi kene buat keputusan~ haih!!




No comments: