Monday, August 31, 2009

87:: Ikan yang dibazirkan.....goreng pon sodap

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……


Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi…

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi, yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”


diambil di
sini


Thursday, August 27, 2009

86:: Ramadhan kali ke-21

Ramadhan datang lagi ,
satu lagi rahmat dari illahi,
namun aku masih belum bersedia lagi,
untuk bangun menghadapi hari-hari ,
menjalani rutin saban pagi,
menyelak lagi dedaun tingkap,
bagi kugenapkan sepurnama lengkap,

Rinduku pada angin lalu,
menusuk sukma bertalu-talu,
kian terasa tika ini,
bersama teman dan sahabat sejati,
mengisi waktu-waktu senggang,
pusing-pusing setiap petang,
bertarawih selepas isya',
moreh selepas tarawih,
bertadarus selepas moreh,
ianya berterusan sepakat sentiasa,
bergerak dalam satu barisan, atas niat yang sama,
agar tujuh likur turut dirasa,
dan tampak berseri menjelang raya,

kami pacakkan pelita buluh,
suasana malamnya terang disuluh,

semangatnya cukup beza kali ini,
aku kini sendiri,
melayan nafsu nafsi,
tadarus juga sepi,
tarawih apa lagi,
apakah ia layaknya begini???
terasing dan diasing,
sendiri dan menyendiri,
tapi, ianya ternyata pilihanku sendiri,
tanpa perlu menuding jari,
bagi mengakui kekhilafan diri.
dalam memahami isi hati.....





Sunday, August 23, 2009

85:: Minggu ini punye hal....

KHAMIS

> pagi yang blurr
> draw blood semua fail..sian kat Pt bum terus...
> cannulae jadi...darah lak melimpah...tourniquet tak tanggal...sorri anti
> petang yang meletihkan
> ingat nak joging, mimpilahh
> malam yang emo..
> ni aku tak paham...
> bertambah letih la weyyy!!

Hari ni memang merupakan hari yang amat mengecewakan lagi tak menggembirakan, selamat la jumaat nak balik.. so, dapat dah refresh kan MOOD kat umah...bersahur dan berbuka di rumah untuk hari ramadhan yang pertama semoga beroleh barakah :) ...jumpe mak ngan abah, nak mintak maaf dan restu semoga perjalanan hidup ni lebih mudah...sedikit kekurangan ,sebab adik tak dapat balik...jauh kat utara...semoga adik bertahan di sana...hahaha nanti balik cuti raye sure feeling lebiy2 nye.terutama mase ketapi nak gerak tu..hahaha best gile..



JUMAAT


Orang selalu cakap..."I wish everyday is Friday Night"..bagi aku, hari jumaat adalah hari yang merehatkan otak,....sebab segala beban+tanggungjawab untuk seminggu dah berlalu dah pon..hari ni gak aku nak balik kampung nak sambut satu ramadhan bersame keluarga tercinta.. :) ...tak sabar ni...


Hari ni gak aku banyak piker tentang 2 benda..kematian dan kemalangan..haha tak tau nape. mungkin bulan pose kot, statistik untuk kemalangan jalan raye pon selalunye naik..hopefully tahun ni berkurang la ye..cietr pasal kematian lak....rupenye2 hari jumaat tu ade jenazah yang perlu disembahyangkan kat surau HUKM lepas solat jumaat..so, aku tak lepaskan peluang la untuk same2 solat bersame jemaah yang lain,.....sediy ;( plak kalo piker balik....dijemput saat2 sebelom ramadhan...[semoga aku berjaya menyempurnakan ibadah puase kali ni..amin] adei~ ape nak buat..semua ditentukan olehNYa..

Ondaway balik kampung lak....aku dok piker pasal kemalangan..haha so, balik kali ni slow2 je la kan..tak leh a nak pecut 120 km/j lagi...hahaha...sebenarnye nak balik petang tu..so-so je..sebab hari hujan kat KL[lenjun habis petang tu]...lepas hujan berentiplak, mak mesej kat Kg lak macam nak hujan lebat, balik sabtu je lah, kate mak..so, prepare la baju ujan siap2...tawakal...redah je lah hujan tu...


Sampai kat sg Tua....aku bawak semakin lah pelahan..sebab jalan baru lapas hujan...mase dekat2 ngan selekoh kambing [tak tau nape orang panggil cam ni]....aku pon dok piker lagi pasal2 kalo2 ade kemalangan berlaku..tup2...tak sampai 5 saat.....ade plak xcident berlaku....meriah gaban lah ngan moto2 yang berenti kat bahu jalan....adoyai~ asal ape yang aku piker betol2 jadi ni..semakin kencang lah jantung aku berdegupi..aku decide tanak berenti...sebab hari pon semakin gelap..nak hujan dan nak malam..dah lah sorang2 kat tengah hutan plak tu..doa je aku mampu yang sumbangkan.semoga dalam khalayak tu, ade yang mampu membantu mangse keamalangan tu..amin~


Lagi 2 Km nak sampai umah..tetibe lak ujan lebat mencurah2..sebelom ni jalan je basah...adoyai~ lenjun sampai umah....tapi syukur..tak de ape2 yang buruk berlaku..mungkin selalu sgt xcident ..so, ade a rase takut nak bawak laju2 time ujan.hahaha..yang penting kalo moto laju time ujan.....jangan break!!! just control kelajuan dan kawat handle, jangan masuk dalam semak ...insyaAllah..selamat :)



Last
.....aku nak wish kat semua..
"selamat menjalani ibadah puasa+berbuka+bertarawih+bersahur" [hahaha lengkap satu package]..jangan ponteng2... "mintak maaf gak atas segala khilaf"




Wednesday, August 19, 2009

Thursday, August 13, 2009

83:: Review artikel......tentang solat>>>

Artikel yang diterima ini sangat menarik malangnya saya kehilangan penulis asalnya.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?

Kredit kepada penulis asal artikel ini.
Di ambil di sini

Tuesday, August 4, 2009

82:: Andai nafas terhenti tika ini.....


adalah aku sudah bersedia??