Sunday, October 17, 2010

~::Bismillah hirrahman nirrahim::~


klik untuk lebih besauu~

baru terjumpe blog ni ...
serius lawak...
hahahaha
adeilah,
ade yang kene tulah nanti ni...
murka plak puteri gunung ledang nanti...



Aku mahukan DINAR~

~::Bismillah hirrahman nirrahim::~


Menjelang usia kedewasaan ( usia dekat2 nak berkerja ) yang bakal-bakal memikul pelbagai tanggungjawab kepada diri , keluarga, ummah dan ugama. Aku mula memikirkan terlalu banyak perkara dari pelbagai hal...dari yang simple hinggalah kepada yang remeh temeh..dan paling yang bersangkutan adalah berkaitan dengan ekonomi..ya ketika ini aku masih lagi dilimpahi rahmat oleh Allah dengan biasiswa dan keperluan diri yang tidaklah begitu mendesak..tapi bagaimana jika 5 tau 10 tahun mendatang....memikirkan perihal akan berkerja dan menjalani PPW (Program Penempatan Wajib) yang berkemungkinan besar untuk tidak bergaji untuk 3 bulan pertamanya sahaja membuatkan aku mula berjaga-jaga dari saat ini. Hohoho~ insyaAllah aku akan berusaha untuk tidak meminta-minta dan berusaha sedaya mungkin.


~Ini syilling emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara ~


Berbalik pada persoalan ekonomi, terdapat teman-teman yang menganjurkan aku untuk melabur dalam beberapa institusi kewangan yang diyakini halal dari segi hukum dan sudah tentu akan mendatangkan keutungan pada si pelabur. Namun sampai saat ini aku masih belum tergerak untuk turut serta bersama mereka. Dan awal pertengahan tahun ini, jika tidak khilaf...Kerajaan negeri kelantan telah mengeluarkan Dinar Kelatan...dari apa yang aku baca dan teliti...pelaburan dinar ini ( dalam bentuk emas ) amat menguntungkan dan menjamin keuntungan pada masa akan datang.



Ini dinar Kelantan yang dikeluarkan baru2 ini ~


Maka pencarian informasi bermula, dan akhirnya aku ketemu beberapa laman web yang begitu berguna dalam pencarianku.




Oooh!! tak tahulah nak buat pilihan yang mana satu...kene musyawarah ni...semoga beroleh kebaikan untuk tahun2 yang mendatang....Ada ke yang berminat atau punya info yang lebih kuat untuk disandarkan sebelum aku membuat pilihan yang tepat??? hahhahaha..sekali lagi kene buat keputusan~ haih!!




Wednesday, October 13, 2010

symptom2 .. FINAL YEAR

~::Bismillah hirrahman nirrahim::~


firman Allah swt dalam surah an-nur ayat 33 yang bermaksud:
"
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.

hohoho...tahniah buat semua, semoge anda semua bahagia hendaknya
dengan pilihan hati masing2..hehe


masuk je FINAL year...banyak yang dah berubah, ade yang dulunya rileks2 je..skang dah advanced lagi agresif...yang dulunye pendiam lagi suram..kini dah ceria dan tak pernah letih untuk berceloteh.., mungkin sebab hati mereka dah semakin berbunge2....ade juga yang tak sabar memangkah nombor2 haribulan yang terpapar kemas di dada kalender ...ade gak tangan yang tak lepas2 dengan Handphone...adei la ni yang dikatakan syndrome final year ye?? baru lah aku tahu kenape kak dayah bimbang gile suatu ketika dulu....hehehe...tapi sekarang pun die nye hati pon dah berbunge2 dah..hahahahaha cam citer adnan sempit la plak....dalam hati ade tamannn woo~


tapi serius, sometimes dorang ni wat aku seram sejuk..terutama yang dok berdiri depan aku ni..
.seram woo kalo dengar citer die..hahaha *kidding ma!!*



yang benar
syukruzlan~





Saturday, August 28, 2010

Surat buat diri~

Sepanjang ramadhan ini....aku menyedari sesuatu yang belum pernah terlintas di dalam benakku selama ini..bahawasanya, aku ini sungguh2 insan yang bertuah ..Alhamdulillah ..sepanjang perjalanan ku di bumi Allah ini, dari sekolah rendah ke sekolah menengah, kemudian ke Matrikulasi, langsung ke Universiti...Aku masih mempunyai kawan yang sangat menyenangkan hati...dan insyaAllah saling memberi kebaikan antara satu dengan yang lainnya.


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

::Suasana Iftar bersama-sama teman::

berbual-bual sementara menanti azan maghrib berkumandang.

berdoa..semoga rezekinya barakah...


bermula dengan kurma.....nak durian pon boleh gak :D


Alhamdulillah...tahun depan tak tahu la plak macam mane suasana iftarnye...semoga tidak jauh berbeza dengan kali ini...maklumlah, tahun depan masing2 dah memasuki alam pekerjaan ..(insyaAllah)....its made me wonder??

ps:: terima kasih seinfinitiny..buat semua teman2ku di ::

Tabika KEMAS Hulu Rening,
SRA Hulu Rening,
SK Batang Kali,
Methodist Boy Secondary School , KL
Asrama Tun Dr. Ismail ,
SAMURA,
Kolej Matrikulasi Johor
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Thanks a lot!!!

Tuesday, August 3, 2010

Sempatkah???!!


Dalam
menjalani kesibukan hari2...
tanpa kusedari syaaban tinggal berapa hari sahaja lagi.
dan Ramadhan akan kembali menyapa diri yang alpa ini...
member kata nak cari lailatul qadar kene dari awal tahun lagi..
dengan hari -hari yang berbaki..tak tahu la masih sempat atau tidak..
.
.
Tetapi,... besar harapanku kali ini,
agar suasana ramadhan kali ini jauh berbeza dengan yang lepas..
semoga lebih tenang dan lebih istiqamah...
dan....pintaku padaNya...
Sampaikan aku pada bulan Ramdhan ya Allah......
~amin~
.
.

Monday, July 5, 2010

Langkah ku terhenti di sini,


Langkah ku terhenti di sini ,
Dan sebelum aku memulakan lagi langkah ke hadapan...
aku perlu memikirkan sematang-matangnya tindakan ku selepas ini.
Semester yang lepas menjadi pengajaran yang terpahit untuk diingati...
dan untuk kali ini...aku perlu lebih berhati-hati ...kerana hati yang kian mati ini, ingin ku suburkan kembali..yeahhhh...~
dan di saat tahun akhir yang akan menjelang nanti,
akan ku pastikan ianya berakhir dengan seribu kenangan terindah...
ayuh!!! bersiap!!...get ready syuk!!!





Saturday, June 12, 2010

Perhargaan Seinfiniti~

Hari ini merupakan hari yang terakhir sekali aku menjalani Latihan Industri di Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu....2 minggu lebih berbanding dari yang sepatutnya..semestinya nanti aku akan merindui suasana yang aku dapati di sana, layanan dan tunjuk ajar yang diberikan benar-benar Terbaik!!! Terima kasih ke atas semuanya, semoga jagaan baik yang kuterima selama ini dari kalian mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah S.W.T. hendaknya...
::MEREKA::
  • yang melayan aku seolah2 aku salah seorang staf di sana..lupe sebentar bahawa aku seorang pelajar yang sedang menjalani latihan klinikal..hahaha
  • yang memberi peluang dan tunjuk ajar yang sangat2 aku hargai..kerana pembelajaran itu ada di mana-mana..amat rugi kalau aku lepaskan begitu sahaja.
  • yang sudi berkongsi ilmu dan melatih aku , agar punya kemampuan untuk bersaing nanti.
  • yang sanggup mengutip kembali dan menyimpan leaflet2 ubat untuk ku 'hadam' bila pulang ke Universiti nanti..
  • yang sudi menjawab segala soalan2 'bodoh' yang aku lontarkan.....seakan penyiasat dari Kementerian Kesihatan Malaysia lagaknya aku kala itu.....hahahhaha.
  • yang sudi bertanya khabar dan bergurau senda dengan ku...hingga tiada secebis pun rase bosan terbit dihati ini.
  • yang meraikan hari-hari terakhir aku di sana...perasaan tak tergambar oleh ku pagi itu... tatkala menjamah pulut kuning bersama teman-teman sebelum menyambung tugas di klinik,..terima kasih seinfiniti buat semua..

Terlalu banyak penghargaan yang ingin ku nyatakan di sini...dan yang pasti akan ku canangkan kebaikan kalian seantero alam...semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..Harapanku,agar ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya...Ukhwah Fillah Abadan Abada..InsyaAllah...

Just Ordinary Me,

Syukruzlan,