Thursday, April 22, 2010

aku, dia dan mereka~

Aku
tak pernah tahu niat mereka,
walau ianya bukanlah yang pertama,
menunjukkan rasa prihatin atau sebaliknya,
yang nyata, aku kian sakit kepala dan seakan loya ,
dengan pelbagai ragam dan kerenah mereka,
gemar bertanya, walau dah tahu jawapannya apa,
berpura-pura tabiatnya mereka,
atau mereka benar-benar tak tahu apa-apa,
sungguhlah alpa dan tidak peka,
apaaaaa, itu pon nak kena ajar ke?


Ku pujuk hati dan jiwa,
tak pa syuk, dah biasa,
mungkin ini bukan rezeki kita,
[walau time settingnya 100% sama],
perancangan tuhan itu lebih utama,
dan terbaik dari segala benda,
cuma kita selalu tamak dan haloba,
kalau boleh, nak capai semua,
menyingkirkan manusia seenak rasa,
membuat onar kata tak sengaja,
nafsu dijunjung ibarat raja,
bertindak, seolah2 akalnya tiada,
arghh, nyatalah kita manusia biasa,
tidak maksum dan mulia mana,

Akhir kalam,
ku simpulkan semula,
dari awal dan penghujung peristiwa,
sesungguhnya, kadang kala kita ini serupa.
aku, dia dan mereka,
seakan munafikin laku nya kita~
nota buat diri::
esok xde paper...
tapi ada OSCE ...
so, sambung stadi ...
opss sebelum lupa dan buat2 lupa...
sape de panadol, urgent!!






No comments: