“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang & kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang & dosa yg dilakukan akan terus kekal” (Saidina Ali b. Abi Thalib) – Untukmu Palestin!!! Kita sama2 berjuang
Ya ALLAH
Ya Allah dengan berkat Nabi-Mu Dan berkat guru-ku Luruskanlah hatiku agar agamaku lurus Betulkan hatiku agarku ikhlas selalu Tetapkanlah hatiku agarku tak tergugat Dengan ujian yang menimpa
Ya Allah tuhan yang mencipta hati Bersihkanlah hatiku Agar mazmumahku tidak merosakkan Agamaku dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tak berubah Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan Engkau rasakanlah hatiku Sentiasa bersama-Mu Supaya aku rasa ada kawan melindungku Agar aku tak rasa sepi didalam hidupku Aku merasa malu melanggar perintah Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu
Ya Allah Tuhan yang menjaga hati Baikilah hatiku Agar seluruh hidupku menjadi baik Supaya tidah khianat dan tidak hasad Dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan limpahkanlah ke dalam hatiku Ilmu dan hikmah Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku Supaya lahir batinku bersyariat Agar lahir batinku menjadi taat Tuhan aku harap engkau kabulkanlah Doa ku ini.........